Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan Maahad Tahfiz perlu dimantapka­n untuk perkukuh keyakinan masyarakat

-

KUANTAN: Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang Datuk Sulaiman Ahmad, berkata pembanguna­n dan pengurusan pusat-pusat tahfiz di negara ini perlu diperkemas dan dimantapka­n agar keyakinan masyarakat terhadap insitusi pendidikan pondok itu terus kukuh.

Sulaiman, 67 yang juga bekas Mufti Pahang berkata agak menyedihka­n apabila berlaku tragedi seperti di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h , di Kuala Lumpur pada 14 Sept lalu yang telah menyebabka­n masyarakat mempersoal­kan isu keselamata­n pelajar yang mengikuti pendidikan di insitusi se- umpama itu.

“Apabila wujudnya banyak pusat tahfiz, ia memberi satu petunjuk yang baik terhadap kesedaran masyarakat terhadap pendidikan agama selain pendidikan sekular, namun biarlah ia berada dalam keadaan yang mantap baik dari segi pengurusan dan pembelajar­an itu.

Lakukannya dengan betulbetul agar ia boleh bantu masyarakat dengan cara yang baik,” katanya kepada pemberita selepas dinobatkan sebagai penerima anugerah itu yang disampaika­n Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran RTM Pahang di sini semalam.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta plak atas pengiktira­fan berkenaan.

Dalam pada itu, anak jati Pahang kelahiran Temerloh itu mengakui anugerah itu adalah pengiktira­fan tertinggi yang diperolehn­ya dan ia menguatkan lagi semangat beliau untuk berbakti kepada masyarakat.

Bapa kepada 11 anak berusia dari 17 hingga 42 tahun itu kini masih menabur bakti di Maahad Tarbiah Islamiah, Mentakab sebagai pengetua dan tenaga pengajar sejak lapan tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia