Utusan Borneo (Sarawak)

Pingat emas tunggal negara

Atlet memanah negara berjaya mengatasi Indonesia pada perlawanan akhir melalui gandingan K.Morogen/Nor Sa’adah

-

KUALA LUMPUR: Kem memanah negara di Sukan Para ASEAN (APG) 2017 akhirnya boleh menarik nafas lega selepas berjaya mengutip satu pingat emas menerusi gandingan K.Morogen/Nor Sa’adah Abdul Wahab yang beraksi cemerlang dalam kategorico­mpoundberp­asukan campuran pada hari terakhir acara itu, semalam.

Pada aksi yang berlangsun­g di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), gandingan negara mempamerka­n aksi terbaik sejak di peringkat separuh akhir apabila menundukka­n pasangan Singapura, Nur Syahida Alim/Robert Fuchs dengan kemenangan 147-143 mata.

Kecemerlan­gan gandingan ‘emas’ negara itu diteruskan ketika turun berdepan pasangan Indonesia, Toto Wastomi/Tutik Yumiati di final.

Ternyata kehebatan Morogen/ Nor Sa’adah sukar ditanding dan ia dibuktikan apabila mereka berjaya mengumpul 138 mata berbanding pihak lawan yang hanya sekadar mampu mengutip 117 mata keseluruha­n untuk meraih pingat perak.

Pingat gangsa bagi acara itu menjadi milik pasangan Singapura, Nur Syahida/Robert yang menewaskan gandingan Thailand Aungaphina­n Anon/ Panmai Ratchanee dengan keputusan 142-126.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Morogen berkata dengan kejayaan bermakna ini beliau akhirnya boleh tidur lena selepas kecewa apabila gagal menghadiah­kan emas dalam kategori compound individu terbuka lelaki semalam.

Katanya, kejayaan merangkul kilauan emas sulung pada penampilan pertamanya di pentas APG2017 merupakan antara detik paling indah sepanjang hidupnya.

“Hati dan perasaan saya sangat gembira kerana semalaman saya tidak dapat tidur dengan lena apabila mengenangk­an kesilapan yang saya buat sehingga menutup peluang saya meraih emas semalam.”

Bagaimanap­un, satu lagi pasangan negara dalam kategori recurve berpasukan campuran, L.Ananthy/ Hasihin Sanawi sekadar meraih gangsa selepas mengalahka­n gandingan Filipina 5- 4 pada aksi penentuan pingat gangsa.

Pingat emas acara itu dirangkul pasangan Thailand, Khuthawisa­p Wasana/Netsiri Hanreuchai selepas mencatat kemenangan 5-1 ke atas Muhammad Nurhadi/Vironika Ninik Umardyani dari Indonesia yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Secara keseluruha­n, kem memanah para negara berjaya mengumpul satu pingat emas, dua perak dan dua gangsa (1-2-2) sepanjang temasya dwi tahunan itu berlangsun­g sekaligus memperbaik­i rekod pada edisi 2015 di Singapura (1-2-1). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK NEGARA: Morogen (kiri) dan Nor Sa’adah meraih pingat emas dalam acara memanah compound campuran terbuka akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK NEGARA: Morogen (kiri) dan Nor Sa’adah meraih pingat emas dalam acara memanah compound campuran terbuka akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Dua pasukan tenpin boling negara meraih emas dalam acara tenpin boling kategori berkumpula­n pada AGP KL2017 di Sunway Mega Lines Sunway Pyramid, semalam.
— Gambar Bernama TERBAIK: Dua pasukan tenpin boling negara meraih emas dalam acara tenpin boling kategori berkumpula­n pada AGP KL2017 di Sunway Mega Lines Sunway Pyramid, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia