Utusan Borneo (Sarawak)

Program Kembara Korban Kemboja dekati Melayu Champa

-

PROGRAM Kembara Korban Kemboja merupakan aktiviti tahunan Kuliah Dhuha, sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang berpusat di Ipoh, Perak.

Pada 1 September tahun ini Persatuan Senifoto Quebah Clicks Kuching (QBC) telah menyertai secara kolaborati­f dengan Kuliah Dhuha.

Ini adalah bagi meneruskan penglibata­n QBC bersama program ini yang telah dimulakan oleh Timbalan Presiden QBC Mohd Saiful Abdullah pada tahun lepas.

Di Kemboja, program ini mendapat kerjasama dan bantuan Kuliah Dhuha Islam Kemboja yang berpusat di wilayah Champ.

Para peserta dari QBC tahun ini terdiri daripada Presiden QBC Datu Salleh Sulaiman, Setiausaha Pharo Abdul Hakim dan Syaifarani yang mewakili Timbalan Presiden QBC Mohd Saiful Abdullah.

Kembara ini telah membawa para peserta ke wilayah Kampong Champ dan Wilayah Tbong Khmum.

Selain ibadah korban, para peserta juga berpeluang bertemu dengan masyarakat Melayu Champa setempat.

Antara aktiviti yang dijalankan termasukla­h menyampaik­an naskhah al-Quran dengan terjemahan dalam bahasa Melayu Champa kepada para ustaz yang mengajar di kawasan tersebut.

Para peserta telah melawat Sekolah Agama Kampung Prik Bui.

Sebahagian besar kos pembinaan sekolah itu merupakan sumbangan Saiful.

Bagi mengenang jasa beliau, bangunan tersebut telah dinamakan sempena nama beliau, Kelas Dhuha Saifullah.

Antara kampungkam­pung yang dilawati termasuk Kampung Prik Bui, Anggujia, Roka Po Pram dan lain-lain.

Daging korban dan al-Quran telah diagih-agihkan kepada masyarakat setempat.

Sementara anak-anak pula telah diberi sedikit sumbangan wang oleh peserta kembara.

Kuliah Dhuha juga menghantar tiga doktor bagi program berkhatan yang dilakukan di Masjid Nuruddin, Roka, Po Pram.

Para doktor mendapat pembiayaan tambang dan ubat-ubatan hasil usaha Kuliah Dhuha dan QBC.

Dalam ucapan perasmian bangunan sekolah Kelas Dhuha Saifullah, Syaifarani melahirkan rasa gembira dapat bertemu saudara seagama dan dapat membantu sekadar yang mampu bagi menyuburka­n Islam di Tanah Melayu Champa.

Beliau juga kagum dengan iltizam dan kesungguha­n yang ditunjukka­n para ustaz yang mendidik anakanak Melayu Champa walaupun tanpa dibayar gaji.

Islam di Kemboja kian subur. Banyak pemuda dan pemudinya yang menuntut di Malaysia, Thailand dan di negaranega­ra Asia Barat termasuk Mesir.

Sebahagian pelajar dibantu biaya pengajiann­ya oleh rakyat Malaysia termasuk Kuliah Dhuha.

Masyarakat Islam Kemboja memerlukan bantuan dalam apa jua bentuk, termasuk membina bangunan sekolah, telaga, pembelian al- Quran dan penajaan pelajar dan pemberian sagu hati kepada para ustaz yang menyumbang bakti.

Sumbangan dihulurkan pasti akan dapat memperkuku­hkan perjuangan dan jihad rakyat Kemboja demi kesuburan Islam di Tanah Champa.

Pada akhir lawatan lima hari ke Kemboja, peserta QBC sempat menggunaka­n masa lapang pergi ke pasar besar Phnom Penh dan ke Tebingan Sungai Mekong untuk aktiviti riadah dan fotografi.

 ??  ?? Artikel dan foto sumbangan Pharo Abdul Hakim, Salleh Sulaiman dan Syaifarani TUNTUTAN: Doktor memberi taklimat kepada pembantuny­a sebelum proses berkhatan.
Artikel dan foto sumbangan Pharo Abdul Hakim, Salleh Sulaiman dan Syaifarani TUNTUTAN: Doktor memberi taklimat kepada pembantuny­a sebelum proses berkhatan.
 ??  ?? SUMBANGAN: Ustaz Ahmad Abdul Hamid memberi wang kepada para pelajar sekolah agama Kampung Prik Bui.
SUMBANGAN: Ustaz Ahmad Abdul Hamid memberi wang kepada para pelajar sekolah agama Kampung Prik Bui.
 ??  ?? KONGSI: Syafairani membahagi daging korban kepada para muslimah Kampung Prik Bu.
KONGSI: Syafairani membahagi daging korban kepada para muslimah Kampung Prik Bu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia