Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Bermalam Di Muzium’ bakal tercatat dalam MBOR

-

PROGRAM ‘Bermalam di Muzium’ yang dijalankan secara serentak di 32 buah muzium di bawah Jabatan Muzium Negara bakal tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai penyertaan pelajar sekolah terbanyak membabitka­n lebih 2,000 orang.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Ab Ghaffar A. Tambi berkata, program dijadualka­n pada 15 dan 16 Sept lepas sempena sambutan Hari Malaysia dan sambutan Bulan Kemerdekaa­n diadakan bagi memupuk semangat patriotism­e dalam kalangan pelajar sekolah.

“Selain membentuk generasi muda agar peka terhadap khazanah negara, program ini juga dapat mengukuh peranan muzium sebagai institusi pendidikan tidak formal.

“Dengan aktiviti begini kami juga berpeluang menerangka­n secara terperinci peranan muzium dan mengajar peserta mengenai nilai warisan sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, program yang mendapat kerjasama Kementeria­n Pendidikan itu membabitka­n 126 buah sekolah menengah terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima di seluruh negara

Ab Ghaffar berkata semasa program itu para peserta diberi peluang merasai pengalaman tidur beramai-ramai di dalam galeri beralaskan tikar yang disediakan pihak muzium manakala peralatan tidur yang lain dibawa sendiri oleh peserta.

“Antara pengisian program pada hari pertama ialah latihan dalam kunpulan, persembaha­n kumpulan berasaskan patriotism­e dan kenegaraan, serta aktiviti mengenali muzium mengikut tema yang ditentukan,” katanya. Katanya pengisian program juga lebih berbentuk pengukuhan moral serta jati diri sebagai rakyat Malaysia.

“Program ini akan dipergiatk­an bukan sahaja di kesemua muzium seluruh negara tetapi juga diperluask­an sehingga ke peringkat lapisan masyarakat termasuk penyertaan bersama keluarga melibatkan ibu bapa dan anak-anak mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia