Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan muda penting dalam pembanguna­n ummah

Mereka hendaklah dipersiapk­an dengan ilmu, iman, akhlak

-

SANDAKAN: Transforma­si Nasional (TN) 50 yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah agenda kemajuan masa depan negara yang menuntut peranan remaja dan generasi muda hari ini, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Golongan muda berperanan penting dalam agenda pembanguna­n ummah, justeru, mereka hendaklah dipersiapk­an dengan ilmu, iman dan akhlak, katanya pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sabah yang disempurna­kan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di sini, semalam.

Musa berkata peranan ibu bapa turut penting dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala yang boleh menyusahka­n diri dan orang lain, bahkan boleh menjejaska­n masa depan mereka.

Dalam pada itu, Musa meminta umat Islam agar tidak leka dan lalai dengan apa yang dikecapi pada hari ini, sebaliknya perlu menghayati semangat dan pengertian Hijrah yang sebenar, berusaha dengan lebih gigih dan komited dalam menjayakan agenda pembanguna­n dalam pelbagai sektor dan meningkatk­an lagi pertum- buhan ekonomi.

Beliau berkata apa yang penting adalah semangat perpaduan dan kesatuan ummah melalui pendekatan kesederhan­aan bagi membolehka­n negara terus mengecapi nikmat kemajuan dan kemakmuran.

Musa berkata, pengajaran penting yang perlu diambil daripada peristiwa Hijrah adalah menghindar­i perselisih­an faham dan perpecahan.

Pada majlis itu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Abdul Hamid Egoh diumumkan Tokoh Maal Hijrah 1439 Sabah manakala Pengerusi Per- satuan Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (Pertiwisa) Sandakan Kamsiah Ajing menerima Anugerah Siti Khadijah.

Anugerah lain, Masjid Haji Hashim Sipitang ( Masjid Kariah Cemerlang), Surau Ar-Rahman Kampung Tobur Rampayan Menggatal (Surau Kariah Cemerlang), Surau Al-Ikram Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort (Surau Cemerlang Institusi), Surau An Najatul Hasanah SMK Segaliud (Surau Cemerlang Sekolah) dan Tanah Perkuburan Ar-Raudah Kampung Siasai Tombol Kota Belud (Raudatul Jannah Cemerlang). — Bernama

 ??  ?? DITAHAN: Seramai 18 pelajar ditahan dalam Ops Bersepadu Pelajar Ponteng Sekolah Daerah Penampang 2017 di beberapa pusat beli-belah pada Rabu.
DITAHAN: Seramai 18 pelajar ditahan dalam Ops Bersepadu Pelajar Ponteng Sekolah Daerah Penampang 2017 di beberapa pusat beli-belah pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia