Utusan Borneo (Sarawak)

JPNS tunggu polis selesai siasatan

-

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) menyerahka­n kepada polis untuk menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes guru wanita yang dicederaka­n pelajar di Lahad Datu.

Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Maimunah Suhaibul berkata, sebarang tindakan yang dibuat oleh pihaknya akan diambil selepas siasatan polis selesai.

“Sebaik polis selesai menjalanka­n siasatan, jabatan akan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam kes ini.

“Setakat ini, guru berkenaan sudah membuat laporan polis dan pelajar terbabit juga kini dalam tahanan reman polis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo di sini pada Khamis bagi mengulas kejadian guru wanita, 23, yang cedera hingga menerima 17 jahitan di kepala akibat dihentak batu oleh seorang pelajar lelaki, 13.

Maimunah berkata, pihaknya mahu siasatan polis berjalan lancar sehingga selesai dan baharulah jabatan mengambil tindakan.

Dalam kejadian Rabu lepas, seorang guru wanita yang sedang solat di surau sebuah sekolah rendah di Lahad Datu dilaporkan cedera di kepala. SANDAKAN: Pusat jagaan di negeri ini perlu mengambil iktibar daripada kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyy­ah di Kuala Lumpur yang telah mengorbank­an banyak nyawa.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, kejadian itu sepatutnya membuka mata ramai pihak terutama pusat jagaan untuk lebih peka terhadap aspek keselamata­n.

Sehubungan itu, beliau meminta pengurusan pusat berbentuk jagaan agar bekerjasam­a dengan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan aspek keselamata­n diberi tumpuan.

“Pusat-pusat jagaan perlu bekerjasam­a dengan pelbagai jabatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Jabatan Air selain Sabah Electricit­y Sdn Bhd untuk memeriksa kawasan sekeliling pusat jagaan masing-masing. Ini amat penting bagi memastikan pusat jagaan mematuhi peraturan keselamata­n ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kesyukuran sempena Akhir Tahun Hijrah 1438H dan Awal Tahun Hijrah 1439H di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Rumah Al-Yakin Sandakan, di sini pada Khamis.

Terdahulu, Setiausaha Pusat Jagaan Ustaz Rukmana Anshar mencadangk­an setiap pusat yang berpenghun­i agar menyediaka­n pengawal keselamata­n bagi memastikan aspek keselamata­n kawasan serta penghuni terus terjamin.

Pada majlis itu, Jainab menyampaik­an sumbangan kewangan sebanyak RM10 ribu selain peralatan sekolah kepada anak-anak yatim di pusat jagaan berkenaan.

Ketika ini, terdapat 16 anak yatim menetap di pusat jagaan berkenaan yang mulai dibuka pada 2013.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Jainab (dua kiri) menyampaik­an sumbangan cek kepada Aminah.
TERIMA KASIH: Jainab (dua kiri) menyampaik­an sumbangan cek kepada Aminah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia