Utusan Borneo (Sarawak)

Dua penyamun remaja ditahan polis

-

PENAMPANG: Dua remaja lelaki berjaya ditahan sepasukan polis selepas menyamun seorang lelaki tempatan di tandas awam berdekatan sebuah restoran di Pekan Donggongon, awal pagi Khamis

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Rosley Hobden berkata, kedua-dua suspek lelaki yang ditahan masing-masing berumur 13 dan 16 tahun.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berumur 20 tahun disamun dua suspek yang menaiki kenderaan Perodua Kelisa kira- kira jam 1.10 pagi.

“Bertindak daripada maklumat yang diterima, sepasukan anggota yang diketuai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang segera mengepung kawasan rumah kedai di Pekan Donggongon,” katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n di sebuah kedai emas berjaya menjumpai beg sandang berwarna hitam sebelum menemui dua suspek yang bersembuny­i di tangga bahagian atas kedai berkenaan.

“Kita menjumpai batang penyapu yang disembunyi­kan di bahagian belakang suspek dan merampas buku 555 yang mengandung­i wang tunai sebanyak RM100 di poket seluar suspek.

“Polis turut merampas kereta Perodua Kelisa berwarna emas yang diletakkan di tepi jalan dan dipercayai digunakan semasa kejadian hasil daripada maklumat yang diberikan mangsa.

“Sebuah lagi kereta turut dirampas selepas dipercayai milik salah seorang suspek yang berjaya melarikan diri,” katanya.

Rosley berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak yang dibuang sekolah.

 ??  ?? SAMUN: Dua suspek remaja ditahan selepas menyamun seorang lelaki tempatan di Pekan Donggongon awal pagi Khamis.
SAMUN: Dua suspek remaja ditahan selepas menyamun seorang lelaki tempatan di Pekan Donggongon awal pagi Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia