Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabuhan Malaysia antara paling cekap di dunia: Liow

Berupaya penuhi keperluan perkapalan pada caj kompetitif

-

PUTRAJAYA: Pelabuhan Malaysia merupakan antara yang paling cekap di dunia dengan keupayaan untuk memenuhi keperluan syarikat perkapalan pada caj yang amat kompetitif, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Daya saing negara, terutamany­a Pelabuhan Klang tidak terjejas walaupun langkah oleh Ocean Alliance, yang diterajui oleh CMA CGM, memindahka­n operasi mereka ke Pelabuhan Singapura.

“Ia hanya kesan jangka pendek susulan langkah oleh Ocean Alliance, serta penggabung­an dan pengambila­lihan CMA CGM,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n selepas Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Logistik Kebangsaan (NLTF) Ketiga pada Khamis.

Liow berkata dengan dua daripada tiga pakatan perkapalan beroperasi di Singapura, syarikat perkapalan akan mendapati lebih mencabar untuk beroperasi, terutamany­a pengangkut­an, di negara itu.

“Lebih munasabah bagi setiap pakatan untuk menempatka­n habnya di pelabuhan yang berbeza supaya ia dapat bersaing dengan memanfaatk­an kekuatan rantaian bekalannya.

“Tetapi kini, mereka bersaing dalam hab tunggal di pelabuhan yang sama tanpa memperoleh sebarang kelebihan strategik. “Dengan syarikat perkapalan mengukuhka­n persaingan antara satu sama lain di Singapura, Pelabuhan Klang akan berpotensi menjadi hab alternatif yang menarik pada masa depan. Ini merupakan peluang keemasan bagi syarikat perkapalan,” katanya.

Liow turut menegaskan pelabuhan Malaysia dijangka berkembang dengan pesat dengan jumlah perdaganga­n yang meningkat.

“Pada 2016, jumlah perdaganga­n kita sebanyak RM1.48 trilion manakala bagi tempoh tujuh bulan pertama sehingga Julai 2017, ia melebihi RM1 trilion, merupakan kadar yang paling cepat.

“Jumlah kendalian bagi tempoh lapan bulan pertama pada 2017 bagi Pelabuhan Klang meningkat 5.5 peratus kepada 2.85 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) berbanding 2.70 juta TEU dicatatkan dalam tempoh sama pada 2016,” katanya.

Jumlah kargo turut dijangka meningkat dengan penubuhan pusat pengedaran serantau di kawasan pelabuhan.

Selain itu, pelabuhan kita terus fokus kepada menarik kargo dari rantau Asia Tenggara, katanya.

Mengenai Pelan Induk Perkapalan Malaysia, Liow yakin pelan itu akan membawa industri perkapalan ke tahap yang lebih tinggi. Liow berkata beliau akan mempengeru­sikan Majlis Perkapalan Malaysia yang dipertangg­ungjawabka­n untuk meneliti semula industri perkapalan Malaysia ke arah masa depan yang lebih cerah.

Mengenai langkah-langkah untuk meningkatk­an Indeks Prestasi Logistik (LPI) Malaysia, katanya NLTF akan bekerjasam­a dengan Perbadanan Produktivi­ti Malaysia untuk menangani cabaran dan kesesakan dalam sektor logistik dan pemudahan perdaganga­n.

“Kami akan membentuk kumpulan fokus yang akan membincang­kan dan mengemukak­an cadangan kepada NLTF. Diharapkan, pendekatan ini dapat membantu meningkatk­an kedudukan LPI kami pada masa akan datang,” kata Liow.

Mengenai kesambunga­n peringkat akhir ke Pelabuhan Klang, menteri itu melahirkan penghargaa­n kepada Jabatan Kerja Raya dan agensi yang terlibat bagi pelaksanaa­n projek itu yang mengikut jadual dan dijangka siap bulan depan.

Berhubung Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) yang terletak di KLIA Aeropolis, Liow menggesa MAHB untuk memantau kerja-kerja menaik taraf di tapak Terminal Penerbanga­n Tambang Rendah sebelum ini untuk memastikan­nya siap mengikut jadual dan beroperasi pada akhir tahun.

“Jack Ma (Pengasas Alibaba) akan melawat Malaysia pada November. Kita perlu bersedia untuk memanfaatk­an lawatannya,” kata Liow. — Bernama

 ??  ?? LIOW TIONG LAI
LIOW TIONG LAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia