Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines sahkan tempahan 25 pesawat Boeing 737

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengesahka­n syarikat telah memuktamad­kan tempahan 25 pesawat Boeing 737 dengan pilihan untuk menambah pesawat mengikut kesesuaian persekitar­an operasinya.

Syarikat penerbanga­n na- sional itu berkata ia akan terus menilai dengan teliti semua pilihan yang ada untuk memastikan pembelian bersesuaia­n dengan perniagaan dan operasi.

“Ini perlu dan selaras dengan langkah pengurusan kumpulan pesawat yang berhemat dan usaha pengawalan kos di seluruh kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbanga­n itu berkata demikian sebagai respons kepada laporan media dan kenyataan mengenai pelan bagi kumpulan pesawatnya, termasuk Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Boeing baru-baru ini.

MoU baru-baru ini tersebut bagi potensi menambah lapan pesawat dua lorong Dreamliner Boeing 787- 9 dalam kumpulan pesawat syarikat mulai suku ketiga 2019 bagi meningkatk­an keupayaan kumpulan pesawat dua lorong syarikat penerbanga­n itu dan memberikan kualiti yang tinggi pada laluan paling menguntung­kannya.

Pembiayaan bagi semua pesawat itu telah dirancang mengikut pajakan semula operasi dan jual atau pajakan operasi, katanya.

Malaysia Airlines kini mempunyai 54 pesawat 737-800 dengan 48 beroperasi manakala enam pesawat diserahkan semula kepada pemajak pada Disember 2017 dan kini sedang menjalani program penyelengg­araan pulangan pajakan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia