Utusan Borneo (Sarawak)

Anak syarikat Parkson buka dua lagi bakeri menjelang akhir tahun

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Parkson Corporatio­n Sdn Bhd, Solid Gatelink Sdn Bhd, merancang membuka dua lagi kedai Hogan Bakery menjelang akhir tahun, dengan kos RM1 juta sebuah.

Solid Gatelink, pemberi francais induk kedai roti di Taiwan, China dan Malaysia itu mengenal pasti IOI Mall, Cyberjaya dan Jaya Mall di Petaling Jaya sebagai lokasi untuk kedai baharunya.

“Kami sudah pun mempunyai tiga kedai roti di Parkson Elite Pavilion, Lion Office Tower dan Bukit Bintang sidewalk, dan kami merancang membuka dua lagi tahun ini dan lebih banyak pada tahun depan,” kata Pengurus Besar Solid Gatelink, Bernard Ng Yow Seng kepada pemebrita selepas pembukaan Hogan Bakery di Lion Office Tower di sini kelmarin.

Syarikat itu mempunyai tiga premsis di China pada masa ini.

Selari strategi peluasan agresifnya, Solid Gatelink kini dalam rancangan untuk membuka dapur berpusat, yang akan membekalka­n produknya kepada semua kedai roti sedia ada dan premis akan datang.

Ng berkata langkah itu baik kerana ia akan membuka pintu untuk syarikat berkenaan membekalka­n roti dan pastri kepada kedai-kedai roti di Kuala Lumpur berikutan pengeluara­n besar daripada dapurnya.

“Selain itu, kami juga merancang membuka kedai roti kecil di Lembah Klang sebelum memperluas­kannya di luar pusat bandar,” katanya dan menambah Hogan Bakery akan berperanan sebagai pembekal roti bagi jenama lain menerusi Solid Gatelink.

Solid Gatelink juga ialah operator restoran Johnny Rockets dan Franco di Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia