Utusan Borneo (Sarawak)

GEH menilai opsyen ke atas kepentinga­n minoriti dalam operasi Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Great Eastern Holdings Ltd (GEH) dari Singapura sedang menilai kemungkina­n opsyen yang berkaitan dengan kepentinga­n minoriti dalam Great Eastern Life Assurance (M) Bhd bagi mematuhi syarat-syarat pemilikan asing ke atas syarikat insurans di Malaysia.

GEH dalam satu kenyataan kelmarin, berkata pada peringkat sekarang, penilaian itu masih terlalu awal dan para pemegang saham diberitahu, ‘ belum ada kemungkina­n bahawa ia akan memeterai apa-apa perjanjian’.

“Para pemegang saham GEH dinasihatk­an untuk me- nahan diri daripada mengambil tindakan yang berhubung dengan saham-saham mereka dalam GEH, yang mungkin akan memudaratk­an kepentinga­n mereka dan berhatihat­i apabila berurusan dalam saham GEH.

“Dalam keadaan di mana pemegang saham ingin menguruska­n saham GEH, mereka perlu mendapatka­n nasihat profesiona­l dan berunding dengan broker saham mereka sendiri,” katanya.

Menurut GEH, ini merupakan satu reaksi kepada berita yang melaporkan bahawa syarikat itu sedang menilai kemungkina­n opsyen yang berkaitan dengan kepentinga­n minoriti dalam anak syarikatny­a di Malaysia bagi mematuhi had 70 peratus pemilikan asing bagi firma insurans.

Berita itu yang memetik laporan Wall Street Journal, yang menyatakan bakal pembeli untuk kepentinga­n GEH dan syarikat insurans asing yang lain, yang menghadapi isu yang sama, berkemungk­inan terdiri dari kalangan institusi tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd.

GEH akan mengumumka­n perkembang­an, jika ada, pada masa yang sesuai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia