Utusan Borneo (Sarawak)

Program CSX atasi kekurangan profesiona­l keselamata­n siber

Kerjasama MDEC-ISACA tambah baik kecekapan kepimpinan

-

PUTRAJAYA: Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd (MDEC) menjalin kerjasama dengan ISACA, persatuan teknologi maklumat global bukan keuntungan dan lapan universiti tempatan untuk menambah baik kecekapan kepimpinan dan menampung permintaan terhadap ahli profesiona­l yang memiliki kemahiran keselamata­n siber.

Pengarah Bahagian Pembolehan Ekosistem MDEC, Ir Wan Murdani Wan Mohamad berkata universiti­universiti yang terlibat ialah Universiti Malaya; Taylor’s University Malaysia; Multimedia University (MMU); Universiti Teknologi MARA ( UiTM); Universiti Teknologi Malaysia ( UTM); Tunku Abdul Rahman University College (TAR University College); Sunway University; dan Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU).

Beliau berkata di bawah projek perintis, ISACA akan melatih 150 pelajar menerusi program Cybersecur­ity Nexus (CSX), yang bermula kelmarin sehingga akhir tahun.

Program CSX itu akan menampung kekurangan kritikal ahli profesiona­l keselamata­n siber mahir dan membangunk­an golongan profesiona­l, katanya kepada pemberita selepas majlis bertukar-tukar perjanjian memorandum persefaham­an dengan ISACA, di sini, kelmarin.

Pensijilan Asas ISACA-CSX akan menyediaka­n bimbingan, pembanguna­n kerjaya, pendidikan dan mewujudkan komuniti bagi ahli profesiona­l keselamata­n siber untuk menampung kekurangan tenaga kerja mahir dalam sektor itu, katanya.

“Ketika ini, terdapat kirakira 6,500 ahli profesiona­l keselamata­n siber di Malaysia, manakala negara memerlukan 10,000 orang menjelang 2020.

“Latihan keselamata­n siber perlu diberikan keutamaan sekiranya kita tidak mahu ketinggala­n dalam pertumbuha­n ekonomi digital di Malaysia dan peringkat antarabang­sa,” kata Wan Murdani.

Beliau berkata MDEC dan ISACA bersetuju berkongsi pengetahua­n keselamata­n siber dan amalan terbaik termasuk meningkatk­an kesedaran mengenai keperluan tadbir urus teknologi, risiko dan maklumat dalam keselamata­n produk dan perkhidmat­an dalam kalangan ahli profesiona­l dan organisasi teknologi perniagaan di rantau ini.

“Dengan hampir 75 peratus pengurus dan pengamal keselamata­n siber di seluruh dunia menjangkak­an serangan siber, keselamata­n siber kekal menjadi keutamaan utama bagi perniagaan, pemimpin kerajaan dan ahli akademik di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata penyelidik­an oleh Internatio­nal Data Corporatio­n mendedahka­n perkhidmat­an keselamata­n diurus merupakan satu daripada empat subsektor utama keselamata­n siber di Malaysia.

Subsektor perkhidmat­an keselamata­n diurus dijangka berkembang kepada AS$224 juta pada 2021 dengan kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul lima tahun pada 25 peratus, katanya, sambil menambah tiga subsektor lain ialah perundinga­n, integrasi dan latihan.

Pengerusi ISACA Board dan Inspector General Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Theresa Grafenstin­e, yang turut hadir pada majlis itu berkata kerjasama ISACA-MDEC itu bertujuan mewujudkan komuniti ahli profesiona­l perniagaan yang serba lengkap bagi memacu ekonomi digital di Malaysia dan di peringkat global.

Beliau berkata kaji selidik global oleh ISACA pada Januari 2015 menunjukka­n 86 peratus responden percaya terdapat kekurangan ahli profesiona­l keselamata­n siber mahir di seluruh dunia manakala 54 peratus berkata sukar untuk mengenal pasti mereka yang memiliki tahap kemahiran dan pengetahua­n mencukupi bagi jawatan peringkat permulaan.

“Laporan Keselamata­n Tahunan Cisco 2014 mendedahka­n terdapat kekurangan satu juta ahli profesiona­l keselamata­n di seluruh dunia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Wan Murdani (dua, kanan) dan Ahli Lembaga Pengarah MDEC Datuk Dr Parmjit Singh (kanan) bersama Pengarah Lembaga Pengarah ISACA Leonard Ong (dua, kiri) dan Pengerusi Lembaga Pengarah ISACA Theresa Grafenstin­e (kiri) semasa majlis pertukaran...
— Gambar Bernama KERJASAMA: Wan Murdani (dua, kanan) dan Ahli Lembaga Pengarah MDEC Datuk Dr Parmjit Singh (kanan) bersama Pengarah Lembaga Pengarah ISACA Leonard Ong (dua, kiri) dan Pengerusi Lembaga Pengarah ISACA Theresa Grafenstin­e (kiri) semasa majlis pertukaran...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia