Utusan Borneo (Sarawak)

LTA Singapura tubuh syarikat laksanakan projek HSR KL-S’pura

-

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Pengangkut­an Darat Singapura (LTA) menubuhkan sebuah anak syarikat milik penuhnya, SG HSR PTE LTD (SG HSR), bagi melaksanak­an Projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur- Singapura.

SG HSR merupakan syarikat infrastruk­tur Singapura bagi projek HSR itu serta akan terbabit dalam usaha pembinaan, pemilikan, pembiayaan dan penyelengg­araan infrastruk­tur awam di negara itu.

Ini termasuk stesen HSR di Jurong East, terowong dan berkongsi sebahagian jambatan yang merentasi Selat Johor.

SG HSR akan bekerjasam­a dengan syarikat di Malaysia, MyHSR Corp, untuk bersama-sama melantik sebuah syarikat aset dan pengendali antarabang­sa menerusi penawaran tender antarabang­sa secara terbuka dan saksama.

Apabila perkhidmat­an HSR itu bermula, SG HSR akan turut menguruska­n pelbagai konsesi terbabit.

“HSR merupakan sebuah projek dua hala yang menarik dan dapat mengeratka­n lagi Malaysia dan Singapura. Ia juga membolehka­n rakyat ( kedua- dua negara) saling berhubung dengan lebih mudah serta cekap bagi tujuan perniagaan serta santai.

“SG HSR akan menyediaka­n tumpuan pengurusan yang lebih kukuh serta sumber yang berdedikas­i bagi mengendali­kan kesukaran projek serta bagi menepati tempoh akhir 2026 yang ditetapkan itu. SG HSR akan beroperasi di bawah pemantauan LTA dan Kementeria­n Pengangkut­an untuk memastikan kelancaran pelaksanaa­n projek HSR berkenaan,” kata Ketua Eksekutif LTA, Ngien Hoon Ping dalam satu kenyataan di sini.

SG HSR akan memiliki modal saham awal sebanyak S$1 juta.

Pengerusi LTA, Alan Chan akan turut bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah SG HSR.

Memandangk­an ini merupakan projek jangka panjang dengan fasa pembinaan penting (kira-kira lapan tahun) sebelum bermulanya perkhidmat­an itu, SG HSR dijangka mendapat sokongan dana daripada kerajaan bagi tahuntahun awalnya.

Sementara itu, Rama Venkta pula dilantik sebagai Pengarah Urusan SG HSR.

Projek HSR Kuala LumpurSing­apura itu merupakan usaha strategik antara Malaysia dan Singapura bagi merealisas­ikan tempoh perjalanan selama 90 minit antara kedua-dua negara itu.

Ia juga dijangka dapat memperting­katkan perhubunga­n perniagaan dan mengeratka­n lagi rakyat kedua-dua negara.

Kerajaan Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian dua hala pada 13 Dis, 2016 yang menggarisk­an perkara utama projek itu termasuk aspek teknikal, model komersial, kawasan pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin, aspek keselamata­n, kerangka kawal selia dan pendekatan bagi pengurusan projek.

Malah, selaras persiapan projek itu bagi fasa seterusnya, MyHSR Corp dan SG HSR masing-masing telah dipertangg­ungjawabka­n oleh kerajaan Malaysia dan Singapura untuk melaksanak­an projek berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia