Utusan Borneo (Sarawak)

MARDI jangka sektor pertanian akan berkembang 15% tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjangka trajektori pertumbuha­n tahap pengeluara­n sektor pertanian akan berterusan pada kadar yang selesa 15 peratus tahun ini, dengan teknologi dan jentera baharu menjadi pemacu utama.

Pengarah Pusat Perancanga­n Strategik dan Pengurusan Inovasi MARDI, Dr Rozhan Abu Dardak berkata, tahap pengeluara­n meningkat setiap tahun dengan industri itu menyumbang kira-kira RM40 bilion kepada keluaran dalam negara kasar pada 2016.

Beliau berkata demikian pada Forum Jentera Pertanian Itali-Malaysia yang dianjurkan Agensi Perdaganga­n Itali (ITA) dan Persekutua­n Pembuat Jentera Pertanian Itali.

Forum itu memberikan pandangan baharu kepada pihak berkepenti­ngan industri tersebut bagaimana teknologi dan inovasi Itali memajukan mekanisasi ladang bagi mendapatka­n hasil lebih tinggi untuk sektor pertanian, kata ITA dalam satu kenyataan kelmarin.

“Mekanisasi yang lebih canggih akan membantu meningkatk­an hasil, kapasiti dan produktivi­ti. Kita perlu merubah industri di Malaysia daripada berintensi­f buruh kepada berasaskan teknologi,” katanya.

Rozhan berkata, teknologi dan inovasi adalah penting bagi memastikan industri itu berkembang maju, bukan sahaja meningkatk­an produktivi­ti, tetapi juga menangani masalah kekurangan buruh.

Sebelum ini, 10 hingga 50 pekerja diperlukan untuk mengerjaka­n satu hektar ladang dan sekarang dengan teknologi canggih, hanya satu atau dua pekerja diperlukan, katanya.

“Berikutan itu hubungan kita dengan pembuat jentera pertanian Itali pastinya satu simbiosis,” tambahnya.

Itali berada di tempat kedua di dunia sebagai pengeksppo­rt jentera serta peralatan pertanian dan kini menguasai lima peratus daripada import Malaysia yang berjumlah tujuh juta euro ( 1 euro = RM4.99). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia