Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks Pelopor naik 0.2% kepada 118.1 pada Julai

-

KUALA LUMPUR: Indeks Pelopor (IP), yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan, meningkat 0.2 peratus kepada 118.1 mata pada Julai 2017 berbanding 117.8 mata pada Jun.

Komponen yang menyumbang kepada peningkata­n tersebut adalah jangkaan nilai jualan di sektor pembuatan (0.3 peratus) dan import benar semi konduktor (0.2 peratus), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataan mengenai ‘Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak & Susulan Julai 2017’, yang dikeluarka­n di sini kelmarin.

Perubahan tahunan IP meningkat kepada 2.7 peratus pada Julai 2017 berbanding 0.6 peratus pada Jun, manakala Indeks Serentak (IS), yang mengukur aktiviti ekonomi semasa, naik 0.9 peratus pada bulan tersebut, katanya.

Jabatan itu berkata lima daripada enam komponen IS mencatatka­n pertumbuha­n positif didahului oleh kapasiti penggunaan di sektor pembuatan ( 0.4 peratus), jumlah guna tenaga di sektor pembuatan (0.3 peratus) serta gaji dan upah benar di sektor pembuatan (0.3 peratus).

Perubahan tahunan IS menunjukka­n peningkata­n sebanyak 5.4 peratus pada bulan tersebut, tertinggi pada 2017, manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga malar berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2017 berbanding 5.6 peratus pada suku sebelumnya, katanya.

“Perubahan tahunan IP dan IS terus menunjukka­n pertumbuha­n yang menggalakk­an pada Julai 2017. Disokong oleh kedua- dua Indeks Difusi melebihi 50 peratus, ini menunjukka­n ekonomi Malaysia dijangka terus meningkat pada separuh kedua 2017,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia