Utusan Borneo (Sarawak)

Cantikkan sekolah dengan lukisan mural

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

BAGI mengaplika­sikan pembelajar­an dalam subjek Pendidikan Seni dan Visual (PSV), sekumpulan guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri ( SMKDP) menjalanka­n projek mencantikk­an bahagian hadapan sekolah tersebut, baru-baru ini.

Menurut Pengetua Haslinda Jedi, projek yang dinamakan Transforma­si Muka Hadapan SMKDP merupakan cetusan idea dan usaha guru PSV Noor Hafirah Abdul Halim dan Abdul Hafiz Awang.

“Guru-guru dan pelajar yang terlibat termasuk saya sendiri mengambil masa selama tiga minggu untuk menyiapkan hasil seni di tempat menunggu hadapan sekolah ini.

“Pelbagai mural dihasilkan menggunaka­n kreativiti dan pembelajar­an yang diperolehi dalam kelas PSV oleh pelajar sendiri,” katanya.

Papan notis di luar pagar sekolahjug­amemberima­klumat tentang pendidikan masa kini iaitu Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM), Program Transforma­si Sekolah 2025 (TS25) dan Pembelajar­an Abad Ke-21 (PAK21).

Haslinda berkata, sejurus selepasmur­altersebut­disiapkan, beliau menerima pelbagai reaksi positif daripada para pelajar, ibu bapa dan juga bekas pelajar.

“Projek melukis mural ini telah membangkit­kan banyak reaksi positif dalam kalangan pelajar, ibu bapa, komuniti setempat dan bekas pelajar.

“Ramai yang memuji langkah transforma­si muka depan SMKDP ini dan menyatakan hasil seni pelajar ini setanding mural-mural 3D di tempat lain yang dibuat oleh profesiona­l,” katanya.

Haslinda berharap dengan terhasilny­a projek ini pelajarpel­ajar SMKDP akan lebih sayangkan sekolah serta memupuk nilai-nilai murni.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TERKINI: Tempat pejalan kaki yang dicantikka­n dengan lukisan mural dan papan notis turut dilekatkan pelbagai informasi terkini transforma­si pendidikan.
TERKINI: Tempat pejalan kaki yang dicantikka­n dengan lukisan mural dan papan notis turut dilekatkan pelbagai informasi terkini transforma­si pendidikan.
 ??  ?? SAYANG SMKDP: Sebahagian daripada kata-kata yang membangkit­kan perasaan sayang kepada sekolah.
SAYANG SMKDP: Sebahagian daripada kata-kata yang membangkit­kan perasaan sayang kepada sekolah.
 ??  ?? SAYANG SEKOLAH: Projek ini mampu membangkit­kan perasaan sayang dan cinta akan sekolah dalam diri setiap pelajar.
SAYANG SEKOLAH: Projek ini mampu membangkit­kan perasaan sayang dan cinta akan sekolah dalam diri setiap pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia