Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Oklahoma diteliliti secara intensif selepas tembak mati lelaki pekak

-

CHICAGO: Polis di Oklahoma diteliti secara intensif kelmarin selepas ia menembak mati seorang lelaki pekak yang tidak memahami arahan mereka, walaupun jiran memaklumka­n kepada anggota polis tentang kecacatan lelaki itu.

Pegawai polis pergi ke rumah Magdiel Sanchez di Oklahoma City untuk mencari bapanya, yang terbabit dalam satu nahas kereta langgar lari. Sebaliknya mereka membunuh lelaki berusia 35 tahun itu yang tidak dapat mendengar mahupun bercakap, menurut saksi.

Jiran berkata mereka cuba campur tangan dengan menjerit “dia tidak dapat mendengar anda” untuk menghalang kejadian tembakan pada malam Selasa lepas di luar rumah Sanchez, tetapi polis tidak mempedulik­an amaran mereka.

“Apabila polis tiba, semua kami menjerit kepada polis untuk tidak menembak,” kata jiran Julio Rayos kepada pemberita.

Komuniti pekak di Oklahoma mempertika­ikan kekerasan yang digunakan oleh polis sehingga menyebabka­n kematian, manakala Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) memberi teguran tajam kelmarin.

“Magdiel Sanchez ditembak di rumahnya sendiri, tanpa pernah melakukan sebarang jenayah,” kata Allie Shinn dari ACLU.

“Sekadar gagal mengikuti arahan adalah satu pembelaan yang tidak dapat diterima bagi penggunaan kekerasan yang membawa maut.”

Sewaktu konfrontas­i itu, Sanchez, memegang dalam tangannya sebatang paip besi sepanjang dua kaki dengan gelung kulit haiwan.

Polis berkata mereka percaya objek itu direka untuk dijadikan senjata.

Sanchez tidak mendengar arahan anggota polis untuk membuang paip tersebut, dan Leftenan Matthew Lindsey melepaskan Taser manakala Sarjan Christophe­r Barnes melepaskan tembakan dengan pistolnya.

Sanchez maut di tempat kejadian.

Kedua-dua anggota polis tidak dipasang dengan kamera badan tetapi polis menemu ramah beberapa saksi yang bekerjasam­a dengan siasatan jenayah.

“Ia amat memalukan,” kata seorang saksi, yang enggan dikenali, kepada akhbar The Oklahoman.

“Saya percaya mereka dapat mengambil senjatanya tanpa melepaskan tembakan.”

Ketua Polis Oklahoma City Bill Citty kelmarin berkata dia akan berjumpa dengan kumpulan yang mewakili golongan kurang upaya, akhbar itu melaporkan.

“Kami ada tanggungja­wab untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat, tidak kira siapa mereka, kekurangan upaya mereka,” akhbar itu memetik Citty sebagai berkata. — AFP SINGAPURA: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengendali bagasi di Lapangan Terbang Changi, Singapura, menukar teg pada ratusan beg, yang menyebabka­n bagasi sampai di destinasi salah, akhbar Straits Times melaporkan.

Tay Boon Keh, 63, yang bekerja sebagai pengendali bagasi bagi satu subkontrak­tor Changi Airport Group, didakwa di mahkamah Selasa lepas dengan 286 tuduhan kenakalan, kata akhbar itu.

Dia tidak menjelaska­n tindakanny­a, tetapi berhasrat untuk mengaku bersalah, katanya.

Perbicaraa­n seterusnya adalah pada 17 Oktober di mana, jika dia disabit kesalahan, dia boleh dipenjara selama setahun dan didenda bagi setiap pertuduhan.

Bagasi pada asalnya menuju ke pelbagai tempat di dunia, termasuk Perth, Manila, Frankfurt, London dan San Francisco, telah terjejas, menurut dokumen mahkamah.

Tay dipercayai menukar teg bagasi hampir setiap hari dari November hingga Februari lalu, kata mereka.

Hampir 59 juta penumpang menggunaka­n Lapangan Terbang Changi pada 2016. Lapangan terbang keenam paling sibuk di dunia itu bagi trafik antarabang­sa, ia menerbangk­an penumpang ke 380 bandar raya dengan lebih 100 syarikat penerbanga­n dan dipilih sebagai lapangan terbang paling sibuk di dunia pada 2017 oleh firma perundinga­n perjalanan udara Skytrax. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? ANGKARA BOM: Anggota pasukan keselamata­n memeriksa tapak serangan bom tepi jalan yang mengorbank­an nyawa empat renjer tentera dan mencederak­an enam yang lain di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam.
— Gambar AFP ANGKARA BOM: Anggota pasukan keselamata­n memeriksa tapak serangan bom tepi jalan yang mengorbank­an nyawa empat renjer tentera dan mencederak­an enam yang lain di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? SIASAT: Polis memeriksa tempat di mana seorang lelaki membakar diri sendiri di luar Parlimen di Wellington, kelmarin.
— Gambar AFP SIASAT: Polis memeriksa tempat di mana seorang lelaki membakar diri sendiri di luar Parlimen di Wellington, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia