Utusan Borneo (Sarawak)

Bengkel Pengurusan Jenazah Perdana sempena Maal Hijrah dapat sambutan

-

BINTULU: Pengurusan Masjid Darul Hidayah Kidurong dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Bintulu dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Bintulu telah menganjur Bengkel Pengurusan Jenazah Perdana sempena sambutan Ma’al Hijrah 1439H Peringkat Negeri Sarawak di Masjid Darul Hidayah di sini semalam.

Ceramah dalam pengendali­an bengkel itu disampaika­n Ustaz Wan Sulaiman Wan Maulana dari JAIS Bintulu.

Setiausaha Masjid Darul Hidayah, Ramie Salleh dalam mukadimah risalah bengkel terbabit berkata, pengurusan jenazah adalah fardu kifayah yang harus diketahui oleh semua umat Islam.

“Diharap melalui bengkel sedemikian maka lebih ramai umat Islam mampu menggalas tanggungja­wab ini (menguruska­n jenazah),” katanya.

Katanya, program itu merupakan aktiviti tahunan Masjid Darul Hidayah atas sokongan JAIS Bintulu dan Bank Rakyat Cawangan Bintulu sempena sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sarawak di Bintulu.

“Harapan kita agar kerjasama sedemikian terus berkembang dan meningkat dari semasa ke semasa untuk kepentinga­n umat Islam serta tahap keyakinan dalam melaksana amanah kursus semakin jitu dan padu,” tambahnya.

Beliau turut mengucapka­n penghargaa­n kepada individu yang menyumbang untuk membantu masjid dalam men- jayakan program tersebut.

Antara yang dikupas dalam bengkel itu mengenai kematian merangkumi tajuk hakikat kematian dalam Islam juga adab menziarahi orang sakit, tanda nazak sejurus meninggal, penyelengg­araan jenazah dan mengenai keguguran anak.

Antara menjadi kupasan lain ialah cara mengkafank­an jenazah, persiapan kain kafan mayat perempuan dan lelaki, persiapan dalam bilik mandi, bilangan kapas untuk mayat termasuk sembahyang jenazah.

Selain itu, cara sembahyang ghaib, hukum mati syahid diikuti bab mengebumik­an mayat, adab menurun jenazah, tanah perkuburan, lubang kubur dan seterusnya bacaan talkim turut jadi topik.

 ??  ?? KONGSI ILMU: Ustaz Wan Sulaiman menyampaik­an intipati bengkel pengurusan jenazah.
KONGSI ILMU: Ustaz Wan Sulaiman menyampaik­an intipati bengkel pengurusan jenazah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia