Utusan Borneo (Sarawak)

Saksikan ‘Shell Advance Nationwide Roadshow’ di Tebingan Kuching

-

KUCHING: Orang ramai dipelawa menghadiri ‘Shell Advance Nationwide Roadshow’ di Tebingan Kuching, bertentang­an Mahkamah Lama dan bersebelah­an Square Tower dan Jambatan Emas, yang berakhir hari ini.

Acara bermula jam 10 pagi hingga 6 petang itu, membolehka­n penunggang motosikal menikmati penukaran minyak serta-merta di lokasi tanpa dikenakan kos buruh.

Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti permainan simulasi ‘Wheel-of-Fortune’ dan ‘MotoGP’ yang menawarkan hadiah menarik seperti lima topi kaledar ‘Shark’ eksklusif, bernilai RM2,000 setiap satu, tiket MotoGP Shell Malaysia 2017, beg galas Shell dan beg ‘drawstring’ Shell.

Sebagai tambahan, mereka juga diberikan Kad Kesetiaan Shell yang melayakkan pengguna menerima palam cucuh NGK percuma pada servis penukaran minyak kelima, di Advance Branded Workshop ( ADW) yang mengambil bahagian.

Menurut pengurus pemasaran Syarikat Sri Minyak Tenaga Sdn Bhd ( SMT), Mohd Danial Yoong, jerayawara itu yang dimulakan di Semenanjun­g Malaysia sekitar dua bulan lepas, turut dijalankan di beberapa tempat di seluruh negara, termasuk Kuching sebelum ke destinasi terakhir, Sabah.

“Ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh penunggang motosikal, memandangk­an jerayawara ini memfokuska­n industri motosikal,” katanya ke- tika ditemui pada jerayawara tersebut yang bermula semalam.

Hadir sama, Ketua Pasukan Jualan Shell, Patricia Law; Pengurus Akaun Saluran Tidak Langsung Shell, Kyle Wong; Pengarah Urusan Kumpulan SMT, Dato William Tiu; dan Pengurus Jualan Wilayah SMT, Sim Kuan Yeong.

SMT, yang merupakan pengedar minyak dan pelincir Shell di Sarawak, setakat ini mempunyai lebih daripada 10 perunding jualan.

Untuk keterangan lanjut, hubungi 082-333535 (Kuching) / 084-315678 (Sibu) / 017-8578077 (Miri) / 086344655 (Bintulu).

 ??  ?? CUBA NASIB: jerayawara. ‘Wheel-of-Fortune’ antara dimainkan sepanjang
CUBA NASIB: jerayawara. ‘Wheel-of-Fortune’ antara dimainkan sepanjang
 ??  ?? SERONOK: Wakil Shell dan SMT bersama penunggang motosikal menunjukka­n isyarat ‘bagus’.
SERONOK: Wakil Shell dan SMT bersama penunggang motosikal menunjukka­n isyarat ‘bagus’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia