Utusan Borneo (Sarawak)

Johor perkenal skim sewa beli rumah

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri berhasrat memperkena­lkan skim sewa beli bagi Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), Rumah Komuniti Pakej A dan Pakej B bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata skim tersebut akan diperkenal­kan menerusi Ekspo Johor Berkemajua­n di Kota Iskandar, Iskandar Puteri mulai 6 hingga 14 Okt ini.

“Kerajaan negeri komited menyediaka­n rumah kepada rakyat kerana apa maknanya pembanguna­n pesat di Johor, sekiranya rakyat tiada rumah,” katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n kunci RMMJ Taman Scientex di Pasir Gudang semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Md Jais Sarday, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abd Samad dan Pengarah Eksekutif Scientex Quatari Sdn Bhd, Alex Khaw.

Skim sewa beli itu di- tumpukan di selatan kerana ramai yang berhijrah di sebelah selatan, Johor, katanya.

“Buat masa ini kerajaan Johor sudah membeli 190 unit rumah dari Johor Corporatio­n sebagai permulaan pelaksanaa­n skim tersebut. Skim sewa beli ini terbuka kepada semua yang layak termasuk mereka yang memohon untuk membeli RMMJ, namun gagal mendapat kelulusan pinjaman,” kata Mohamed Khaled.

Projek Taman Scientik itu melibatkan 701 unit yang ter- diri daripada 224 unit RMMJ bernilai RM150,000 dan 477 Rumah Komuniti Pakej B bernilai RM80,000.

Seorang penerima kunci Hairul Anuar Masrol, 36, gembira dan bersyukur kerana memperoleh rumah RMMJ yang akan didudukiny­a awal tahun depan.

“Sebelum ini saya menyewa rumah di Kota Masai dengan kadar RM500 sebulan sejak 10 tahun lepas. Sebelum ini saya juga ada mencari rumah lain tetapi harganya mahal,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia