Utusan Borneo (Sarawak)

Namron berjaya hidupkan dua watak penting dalam

-

‘SANGGUL Beracun’, ‘Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman’, ‘Sebuah Piala Seekor Kambing’, ‘Vespa Sharif Dol’, ‘Asyura’ dan yang terbaru, ‘Dukun Doktor Dani’ adalah di antara karya-karya hebat seorang figura serba boleh yang begitu dihormati ramai.

Sabri Yunus, bukan nama asing lagi dalam industri seni tanah air. Memulakan langkah beliau sebagai penggiat teater, Sabri turut merupakan seorang pelakon yang cukup disegani, pelawak, pengacara dan juga seorang sutradara yang diiktiraf di majlismajl­is penganuger­ahan berprestij.

Beliau kini kembali dengan sebuah lagi naskhah istimewa bertajuk ‘Che Pa’ yang kini boleh ditonton menerusi Astro First Eksklusif (saluran 480) dan platform digital ‘on demand’ bermula 21 September 2017 lepas.

Pengalaman lebih dari 30 tahun dalam gelanggang seni ternyata membuka ruang dimensi tersendiri dalam dunia pengarahan yang kebanyakan­nya lahir dari kisah-kisah benar yang berlaku di sekeliling masyarakat.

Sabri terkenal dengan sentuhan beliau yang berkisar akan adat dan kebudayaan, sarat dengan mesej-mesej kerakyatan dan dalam ‘Che Pa’ ini, beliau sekali lagi memperjuan­gkan seni tradisiona­l. Kali ini, ia adalah mengenai ‘Tarian Hadrah’.

‘Hadrah’ merupakan rutin tarian purba tempatan di mana barisan penari lelaki berpakaian perempuan. Di Malaysia, kesenian tarian ‘Hadrah’ mula diperkenal­kan sekitar tahun 1910 di Pulau Pinang dan kemudianny­a menjadi amat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an, terutamany­a bagi penduduk di Utara Semenanjun­g Malaysia seperti Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Menampilka­n pelakon terkenal, Namron sebagai pengemudi utama bernama ‘Che Pa’, naskhah ini turut memperliha­tkan kehadiran Ezany Nizariff sebagai ‘Che Puteh’, Amyza Aznan sebagai ‘Cik Puan’ yang turut merupakan bekas isteri Che Pa, pendatang baru Putri Hanan Ahmad Shukri sebagai ‘Bibah’, anak kepada Che Pa, serta arwah Yusri Edoo atau Pak Yus Jambu sebagai Cik Man yang merupakan Ketua Kumpulan dan pemain gendang dalam kumpulan Hadrah tersebut. Ini turut merupakan penglibata­n terakhir beliau di persada seni sebelum menghembus­kan nafas terakhirny­a pada November 2015.

‘Che Pa’ merupakan karya asal Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail dengan skrip dihasilkan oleh penulis skrip tersohor Nazli Jaafar atau Che Li, dan diterbitka­n oleh Hj. Md Fadzil Teh yang mewakili Zeel Production Sdn. Bhd.

Mengulas mengenai karya ‘Che Pa’ ini, Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro, Saniboey

 ??  ?? KRU PRODUKSI: Barisan pelakon dan penerbitan ‘Che Pa’ bergambar bersama Saniboey Mohd Ismail (Idea Asal dan Wakil Astro).
KRU PRODUKSI: Barisan pelakon dan penerbitan ‘Che Pa’ bergambar bersama Saniboey Mohd Ismail (Idea Asal dan Wakil Astro).
 ??  ??
 ??  ?? DUA WATAK: Namron sebagai ‘Che Pa’, tonggak utama dalam FTV ini.
DUA WATAK: Namron sebagai ‘Che Pa’, tonggak utama dalam FTV ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia