Utusan Borneo (Sarawak)

Giliran penerjun England ditimpa malang

Ben cedera di tangan kanan apabila alami masalah teknikal pada payung terjunnya

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Selepas penerjun Australia dan Kanada, kini giliran penerjun England pula ditimpa malang pada acara Sibu Internatio­nal BASE Jump 2017 di Dataran Bandar Sibu Fasa I di sini semalam.

Ben Dingold, 23, dari England cedera di tangan kanan apabila mengalami masalah teknikal pada payung terjunnya semasa melakukan terjunan dari puncak Wisma Sanyan, di sini semalam.

Menurut saksi di tempat kejadian, payung terjun Ben tidak mengembang dengan sempurna menyebabka­n dia gagal mengawal payung sebelum mendarat di atas bumbung ruang letak kereta di Dataran Bandar Sibu Fasa I.

Ben berjaya dibawa turun dari bumbung letak kereta dengan bantuan bomba dan penerjun lain berada di lokasi, segera dihantar ke Hospital Sibu untuk diberi rawatan lanjut.

Presiden Persatuan BASE Jump Australia Gary Cunningham berkata kejadian itu berlaku sekitar jam 11 pagi ketika penerjun lain melakukan terjunan seperti biasa.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa kurang senang dengan kemalangan semalam kerana merupakan insiden ketiga sejak acara itu bermula tiga hari lalu.

“Banyak faktor menyebabka­n insiden berlaku seperti masalah teknikal payung ter- jun, tahap kesediaan peserta sebelum membuat terjunan, kekuatan mental dan fizikal,” katanya.

Oleh itu, Gary menolak faktor angin sebagai punca utama setiap insiden berlaku kepada peserta Sibu BASE Jump.

Sementara itu, kemalangan pertama berlaku kepada Gary Favre, 32, dari Australia apabila dia tersangkut pada cermin Wisma Sanyan ketika melakukan terjunan percubaan dari bumbung bangunan tersebut pada Khamis lalu.

Bagaimanap­un, Gary hanya mengalami luka kecil dan diberi rawatan segera oleh pihak perubatan.

Manakala Braden Dean, 31, dari Kanada mengalami kecederaan di belakang apabila gagal melakukan pendaratan dengan sempurna di Dataran Sibu Fasa 1, Sabtu lalu.

Tahun ini, menyaksika­n seramai 84 penerjun dari 17 negara mengambil bahagian pada Sibu BASE Jump 2017 Edisi Ke-9 bermula 22 hingga 24 September.

Penerjun terlibat dari negara Australia, Belgium, Brazil, Kanada, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Belanda, New Zealand, Poland, Portugal, Rusia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali dan termasuk empat penerjun negara.

Banyak faktor menyebabka­n insiden berlaku seperti masalah teknikal payung terjun, tahap kesediaan peserta sebelum membuat terjunan, kekuatan mental dan fizikal.

Gary Cunningham Presiden Persatuan BASE Jump Australia

 ??  ?? DISELAMATK­AN: Ben dibawa turun dari bumbung letak kereta oleh anggota bomba dan penerjun lain.
DISELAMATK­AN: Ben dibawa turun dari bumbung letak kereta oleh anggota bomba dan penerjun lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia