Utusan Borneo (Sarawak)

Dua suspek kes pecah rumah imam ditahan

-

KUCHING: Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan berjaya menahan dua lelaki dipercayai suspek kes pecah rumah di Kampung Sungai Maong dekat sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan DSP Merbin Lisa, suspek berusia 16 dan 25 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Kampung Sungai Maong kira-kira jam 2.15 petang Sabtu lalu.

“Pada 20 September 2017 pengadu, seorang imam masjid membuat laporan di Balai Polis Batu Kawa pada jam 12.31, memberitah­u pada jam 6.30 pagi hari sama beliau mendapati slak pintu dapur rumahnya telah bengkok disyaki dibuka secara paksa dan hasil pemeriksaa­n pengadu mendapati beberapa barangan miliknya telah hilang iaitu dua set gerudi, perakam video, cincin emas dan wang tunai RM40.

“Bertindak daripada laporan tersebut Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Padawan diketuai Inspektor Azizan Amirudin melancarka­n Ops Pintu dan berjaya menahan kedua-dua suspek di sebuah rumah di Kampung Sungai Maong lebih kurang jam 2.15 petang pada 23 September 2017,” jelasnya.

Beliau memberitah­u hasil siasatan awal mendapati keduadua suspek mengaku memecah masuk rumah pengadu dan pada hari sama menjual barangan dicuri di sebuah kedai barangan terpakai di MJC Batu Kawa dan Sungai Maong.

Suspek akan direman bermula hari ini (Isnin) bagi membolehka­n siasatan lanjut dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia