Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti Dayak digesa pergiat aktiviti kebudayaan, bagi perkukuh perpaduan

-

KUCHING: Komuniti Dayak digesa mempergiat­kan lagi aktiviti melibatkan kebudayaan, kebajikan, pendidikan dan sukan bagi mengukuhka­n perpaduan.

Gesaan ini dibuat oleh Presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Tan Sri William Mawan Ikom ketika merasmikan penutupan dan penyampaia­n hadiah Kejohanan Badminton Piala Presiden SDNU 2017 di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Mengambil contoh kejohanan tersebut, Mawan yang juga Ahli Parlimen Saratok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan berkata, aktiviti sosial seperti ini dapat menyatukan Dayak tanpa mengira ideologi politik dan latar belakang.

“Apabila pelbagai kumpulan dan bangsa menyertai kejohanan badminton ini ia dapat memperkuku­hkan lagi perpaduan Dayak.

“Lebih penting, wakilwakil rakyat dan pemimpin sama-sama hadir menyokong kejohanan ini dan menghulurk­an geran bagi kejohanan tahun depan,” katanya.

Tambah Mawan, semangat muhibah tidak hanya dilihat dalam kejohanan badminton yang dianjurkan oleh manamana NGO Dayak tetapi juga dalam kejohanan futsal dan golf serta acara-acar lain yang melibatkan Dayak.

Pada majlis itu, Mawan menyampaik­an geran RM25,000 kepada kesatuan manakala Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh dan Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang masing-masing menyumbang RM10,000 serta RM5,000 lagi daripada ADUN Tamin Christophe­r Gira.

Gira ketika merasmikan pembukaan kejohanan ini Jumaat lepas di Pusat Sukan Sentosa juga telah menyumbang geran RM20,000 kepada kesatuan.

Kejohanan tersebut menyaksika­n Pasukan Persatuan Badminton Dayak Sarawak (PEBADAS) 2 muncul juara menewaskan Pasukan PEBADAS 3 manakala SDNU Samarahan A dan Madu Boyz A berkongsi tempat ketiga.

 ??  ?? TAHNIAH: Mawan (lima kanan, barisan belakang) menyampaik­an trofi juara kepada pengurus pasukan PEBADAS Simon Aleh Boh. Turut kelihatan Mussen, Salang dan Gira serta pemain Pasukan PEBADAS 2.
TAHNIAH: Mawan (lima kanan, barisan belakang) menyampaik­an trofi juara kepada pengurus pasukan PEBADAS Simon Aleh Boh. Turut kelihatan Mussen, Salang dan Gira serta pemain Pasukan PEBADAS 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia