Utusan Borneo (Sarawak)

MIC minta kerajaan lakukan beberapa perubahan dasar

-

KUALA LUMPUR: MIC semalam meminta kerajaan untuk melakukan beberapa perubahan dasar bagi meningkatk­an lagi kedudukan sosioekono­mi masyarakat India di negara ini.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata antaranya intervensi kerajaan amat diperlukan untuk menggiatka­n sektor industri kecil dan sederhana (IKS) dalam kalangan pengusaha India.

“Saya mengemukak­an cadangan supaya Dana Modal Pusingan sebanyak RM500 juta diwujudkan agar memberi keyakinan kepada peniaga dan pengusaha India untuk memperluas­kan perniagaan,” katanya ketika berucap pada Perhimpuna­n Agung MIC ke71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional ( BN) merasmikan perhimpuna­n yang dihadiri kira-kira 4,000 anggota MIC. Turut hadir pemimpin parti komponen BN.

Selain itu, Dr Subramania­m yang juga Menteri Kesihatan turut berkata usaha untuk meningkatk­an tujuh peratus penyertaan kaum India dalam sektor perkhidmat­an awam hanya akan menjadi realiti jika usaha proaktif dijalankan bagi mencapai sasaran itu.

Beliau turut memohon diwujudkan Tabung Pendidikan Sampingan untuk menampung kos pendidikan pelajar yang datang daripada keluarga miskin supaya kekangan kewangan tidak menjadi faktor penghalang impian pelajar miskin meneruskan pengajian di menara ganding.

Mengenai isu taraf kewarganeg­araan kepada mereka yang lahir sebelum 1957, katanya pindaan polisi perlu dibuat bagi menyelesai­kan isu tersebut dalam mendapatka­n kewarganeg­araan untuk segelintir masyarakat India yang belum dapat menikmati taraf kewarganeg­araan.

“Saya akan berjumpa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelesai­kan isu ini,” katanya.

Dr Subramania­m juga berkata MIC perlu diberi peluang bertanding di kawasan Parlimen yang ditandingi­nya terdahulu, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau juga berterima kasih kepada Najib atas komitmen dalam melancarka­n Pelan Tindakan Pembanguna­n Masyarakat India sebagai dokumen rasmi kerajaan untuk pembanguna­n komuniti India di negara ini bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Beliau menjelaska­n pelancaran pelan tindakan itu telah membuka lembaran baharu, nafas dan keyakinan kepada kaum India membentuk masa depan yang cerah untuk generasi akan datang.

Dr Subramania­m turut berikrar MIC sentiasa memberi sokongan yang padu kepada kerajaan dan kepimpinan Najib yang merupakan satu-satunya perdana menteri yang mewujudkan pelan sebegini untuk rakyat India di negara ini.

Katanya, MIC juga akan berusaha secara agresif untuk menghadapi PRU14 dengan memastikan lebih ramai pengundi India kembali mengundi BN dan bertekad memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAR UCAPAN: Sebahagian ahli-ahli MIC mendengar ucapan perasmian Najib yang juga Presiden UMNO pada Perhimpuna­n Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama DENGAR UCAPAN: Sebahagian ahli-ahli MIC mendengar ucapan perasmian Najib yang juga Presiden UMNO pada Perhimpuna­n Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia