Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet bina badan Singapura meninggal dunia

-

SINGAPURA: Presiden Persekutua­n Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia Singapura Pradip Subramania­m meninggal dunia di Hospital Besar Singapura Sabtu lalu, demikian menurut Asia Fighting Championsh­ip (AFC).

Dalam satu kenyataan awal pagi pagi ini, AFC berkata Subramania­m meninggal dunia jam 9 malam.

“Kami sentiasa berhubung dengan kakitangan perubatan di hospital bagi memastikan punca kematian,” kata AFC.

Sementara itu, Channel News Asia (CNA) melaporkan Subramania­m, 32, meninggal dunia selepas menyertai perlawanan tinju menentang personalit­i YouTube Steven Lim di Marina Bay Sands pada awal malam Sabtu.

Menurut laporan itu, Lim, 41, memenangi perlawanan tersebut menerusi ‘knockout’ teknikal.

CNA turut melaporkan Subramania­m menggantik­an bekas peserta Singapore Idol, penyanyi Sylvester Sim yang menarik diri daripada perlawanan disebabkan isu insurans.

Dalam catatan Facebookny­a, Lim mengucapka­n takziah kepada keluarga mendiang.

“Ini saat yang menyedihka­n buat saya apabila meng- etahui tentang berita yang memeranjat­kan itu! Anda ajar kami semua tentang nilai keberanian dan kekuatan serta kepentinga­n gaya hidup sihat dan cergas. Salam takziah kepada anda, anda memang hero kami,” kata Lim.

Sementara itu, AFC berkata projek Subramiam, AFC Physique Championsh­ips yang dijadualka­n semalam akan dibatalkan sebagai tanda penghormat­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia