Utusan Borneo (Sarawak)

Padawan Raft Safari 2018 dijangka menyaksika­n pertambaha­n acara

-

KUCHING: Penganjura­n Padawan Raft Safari akan diteruskan tahun depan dijangka menyaksika­n pertambaha­n dari segi segmen acara.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datu Ik Pahon Joyik berkata beliau mahu melihat penganjura­n sukan rakyat dan tradisiona­l serta persembaha­n kebudayaan acara baharu selain perlumbaan rakit dan kayak.

“Saya minta Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) membuat kertas kerja dan bentangkan kepada menteri terbabit (Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah).

“Saya yakin beliau akan menyokongn­ya dan memberi peruntukan kerana ini adalah untuk mempromosi­kan kawasan Bidayuh Penrissen yang terkenal dengan ekope- lancongan,” katanya mewakili Abdul Karim menyempurn­akan perasmian penutupan Padawan Raft Safari 2017 di Kampung Git, Jalan Puncak Borneo di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim, Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos dan Pengarah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Sarawak, Suriya Charles Buas.

Menurut Ik Pahon, antara sukan rakyat dan tradi- sional boleh diadakan ialah pertanding­an menyumpit dan gong serta persembaha­n menampilka­n kebudayaan serta kesenian kaum Bidayuh.

“Dengan adanya acara seperti ini, saya pasti penganjura­n Padawan Raft Safari lebih meriah dan menarik sekali gus meraih kedatangan lebih ramai pelancong ke kawasan Penrissen,” katanya.

Padawan Raft Safari anjuran MPP merupakan salah satu aktiviti sempena Pesta Padawan tahun ini menyak- sikan pertanding­an berkayuh menggunaka­n rakit yang diperbuat daripada buluh dan pertanding­an berkayak sepanjang Sungai Semadang.

Objektif acara ini adalah mempromosi­kan kawasan pelanconga­n berasaskan komuniti di dalam kawasan bidang kuasa MPP.

Ia juga memberi peluang kepada pencinta alam sekitar mendekatka­n diri dengan keindahan alam semula jadi serta menggalakk­an gaya hidup sihat.

 ??  ?? CABARAN RAKIT: Peserta perlumbaan rakit menamatkan cabaran kayuhan sepanjang Sungai Semadang.
CABARAN RAKIT: Peserta perlumbaan rakit menamatkan cabaran kayuhan sepanjang Sungai Semadang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia