Utusan Borneo (Sarawak)

NLA lanjut gencatan hingga Jan

-

QUITO: Pemberonta­k haluan kiri Colombia, Tentera Pembebasan Nasional (NLA) menyatakan kelmarin bahawa gencatan senjata sementara mereka akan dilanjutka­n mulai 1 Oktober hingga 9 Januari, bukan tiga hari seperti didakwa kerajaan.

Ketika gencatan diumumkan pada September, Presiden Juan Manuel Santos turut memberi tarikh baharu.

Selepas itu, menurut Santos, ia akan dilanjutka­n sejajar perkembang­an ketika rundingan damai.

“Terma yang dicapai di Quito adalah menghentik­an sementara ketegangan sehingga 9 Januari, bukan pada 12 seperti yang dikatakan beberapa jurucakap kerajaan,” pemberonta­k ELN menyatakan di dalam satu kenyataan.

Semasa gencatan yang d i u m u m k a n s e m a s a kunjungan Pope Francis ke Colombia, penculikan dan serangan ke atas infrastruk­tur minyak dihentikan, diawasi badan PBB termasuk kerajaan, pemberonta­k dan gereja.

Fasa seterusnya rundingan yang dipengerus­ikan Ecuador di Quito bermula pada 23 Oktober.

Semasa kunjungan beliau bulan ini, paus telah bertemu dengan Santos, yang ingin mendapatka­n kedamaian komprehens­if.

Selepas rundingan damai dengan pihak FARC Marxis, ELN merupakan kumpulan pengganas terakhir yang masih ada dalam apa yang merupakan konflik kompleks lebih lima dekad.

Ia menyebabka­n 260,000 maut, 60,000 tidak diketahui nasibnya dan tujuh juta lagi telah kehilangan tempat tinggal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia