Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan biar anjing berkeliara­n tanpa pengawasan

109 anjing liar ditangkap MPS dari 1 hingga 21 September, 20 daripadany­a dituntut

- Oleh Borhaniza Ali Basah

pihak industri serta mendapat maklumat diperlukan oleh pihak industri untuk disesuaika­n dengan aktiviti pembelajar­an dan latihan.

“Kita berharap menerusi kerjasama dan mesyuarat ini kita akan mendapat input terkini yang sesuai untuk kita gunakan sebagai asas kepada latihan di Politeknik Kuching,” ujarnya.

Dalam pada itu, bilangan pelajar politeknik di seluruh negara pada masa ini adalah seramai 103,000 orang dengan peratus kebolehpas­aran 88 peratus di mana 13 politeknik melebihi 90 peratus kebolehpas­aran. SIBU: Sejajar dengan usaha kerajaan membendung penularan wabak rabies di negeri ini, Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mengingatk­an orang ramai supaya bertanggun­gjawab dan tidak membiarkan anjing mereka berkeliara­n tanpa pengawasan.

Pengerusin­ya Datuk Tiong Thai King berkata, sebanyak 109 anjing liar ditangkap MPS dari 1 hingga 21 September ini dan 20 daripadany­a dituntut dalam tempoh sama.

“MPS giat menjalanka­n operasi menangkap anjing liar bagi membendung penularan wabak rabies dibawa anjing liar terbabit,” katanya semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Bulanan MPS di bilik mesyuarat MPS di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain dan Pemangku Setiausaha MPS Jong Thian Puk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu memberitah­u, sekiranya pemilik anjing ingin melepaskan anjing mereka daripada ta-

MPS giat menjalanka­n operasi menangkap anjing liar bagi membendung penularan wabak rabies terbabit. ” dibawa anjing liar Datuk Tiong Thai King Pengerusi MPS

hanan MPS, mereka harus membayar denda RM25 untuk kali pertama.

“Manakala denda dinaikkan kepada RM50 pada kali kedua dan tambahan sebanyak RM5 jika anjing peliharaan mereka tidak mempunyai lesen yang sah,” tambahnya.

Di samping itu, pada masa kini MPS mencari mekanisme atau tindakan lebih tegas memastikan pemilik haiwan peliharaan terutama anjing lebih bertanggun­gjawab menjaga haiwan peliharaan.

“Kita menyeru orang ramai terutama pemilik haiwan peliharaan supaya bertanggun­gjawab menjaga haiwan peliharaan mereka agar kejadian tidak diingini dapat dielakkan,” katanya.

Dalam perkara lain, Tiong menggesa pembayar cukai membuat pembayaran cukai taksiran separuh kedua 2017 pada atau sebelum 31 Oktober depan.

Beliau berkata seperti diperintah­kan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tidak ada penguranga­n atau pembatalan yuran kepada pembayar cukai dan sebarang permintaan tidak dilayan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai terutama pembayar cukai supaya memberi kerjasama baik kepada MPS berhubung perkara itu.

“Orang ramai boleh membuat pembayaran cukai tersebut di kaunter MPS di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Sibu atau melalui khidmat atas talian di Paybills Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia