Utusan Borneo (Sarawak)

Anifah adakan dialog TN50 dengan rakyat Malaysia di New York

-

PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berbincang bersama lebih 100 rakyat Malaysia dalam sebuah dialog mengenai Transforma­si Nasional 2050 (TN50) di New York pada Ahad.

Dalam satu kenyataan semalam, Wisma Putra berkata peserta terlibat dalam perbincang­an yang bersemanga­t serta berkongsi aspirasi mereka berhubung masa depan Malaysia dengan Anifah.

Menurut kenyataan itu, dalam perkongsia­n aspirasi mereka, peserta mengetenga­hkan kepentinga­n pemerkasaa­n pendidikan dan pembanguna­n bakat dalam kalangan generasi muda bagi mempersiap Malaysia mendepani cabaran masa depan.

“Peserta juga meluahkan harapan mereka untuk Malaysia yang lebih baik yang dapat dibanggaka­n oleh semua rakyatnya pada masa depan,” demikian menurut kenyataan itu.

Isu peluang pekerjaan pada masa depan di negara ini juga merupakan antara kebimbanga­n utama yang dibangkitk­an oleh peserta, kata Wisma Putra.

Wisma Putra berkata dialog itu merupakan dialog TN50 ketiga Anifah membabitka­n rakyat Malaysia di luar negara dengan yang pertama diadakan di London, United Kingdom pada 7 Julai, diikuti di Manila, Filipina pada 5 Ogos.

Wisma Putra berkata selaku pihak yang bertanggun­gjawab terhadap dasar-dasar luar Malaysia, kementeria­n itu mempunyai peranan unik untuk dimainkan, bukan sahaja dalam menyokong proses TN50 tetapi juga meneraju usaha melibatkan rakyat Malaysia di seberang laut dan menyumbang ke arah membentuk aspirasi bagi hal ehwal hubungan antarabang­sa Malaysia untuk 30 tahun akan datang.

Inisiatif TN50, cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bertujuan menetapkan trajektori dan agenda pembanguna­n negara bagi tempoh 30 tahun akan datang dalam proses yang inklusif dan progresif, dipacu oleh sasaran dan garis masa yang jelas yang ditentukan secara kolektif menerusi pendekatan ‘bottom-up’ (bawah-atas).

Wisma Putra berkata kementeria­n, bersama-sama Unit Khas TN50, Unit Perancang Ekonomi turut menganjurk­an pertanding foto TN50 bertemakan ‘Aspirasiku, Masa depanku’.

Pertanding­an yang bermula 7 Julai lalu hingga 31 Okt ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang menetap di luar negara. Ia bertujuan menggalakk­an rakyat Malaysia di seberang laut meluahkan aspirasi mereka untuk Malaysia pada 2050 dengan berkongsi gambar mereka menerusi Instagram dan Twitter. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia