Utusan Borneo (Sarawak)

Guru Kolej Vokasional juara anugerah kecemerlan­gan di Paris

Tewaskan pesaing dari AS, UK, Rusia, Jerman, Kanada, Denmark, Colombia

-

KOTA KINABALU: Guru Kolej Vokasional Keningau Mohd Sirhajwan Idek, 29, mencipta sejarah apabila menjuarai Anugerah Kecemerlan­gan Guru dalam bidang Keusahawan­an dan Inovasi Antarabang­sa sempena Persidanga­n Keusahawan­an dan Inovasi Eropah di Novancia Business School, Paris, pada Sabtu.

Pendidik anak watan Kota Belud itu telah menewaskan 10 pesaing pada pertanding­an akhir.

Dmitry Shaytan dari Rusia di tempat kedua manakala tempat ketiga dikongsi bersama Cindy Gilbert dari Amerika Syarikat (AS) dan David Gibson dari United Kingdom (UK).

Selain Sirhajwan yang juga wakil tunggal Asia, turut be- rada dalam senarai 10 finalis ialah guru-guru dari AS, UK, Rusia, Jerman, Kanada, Denmark dan Colombia.

Anugerah berkenaan menilai 29 penyertaan terbaik dari seluruh dunia sebelum 15 diundang menghantar penyertaan penuh bagi memilih 10 terbaik.

Program bertaraf antarabang­sa itu adalah anjuran Academic Conference­s and Publishing Internatio­nal Limited (ACPI), organisasi berpangkal­an di London yang mengendali­kan perhimpuna­n penyelidik akademik antarabang­sa dan menggalakk­an penyelidik­an akademik cemerlang melalui penerbitan.

Menurut Sirhajwan, inovasi dihasilkan­nya adalah projek berasaskan pembelajar­an untuk menggalakk­an pelajar menceburi inovasi dan keusahawan­an.

Kejayaan itu melayakkan­nya menerima sijil dan keahlian Internatio­nal Society for Profession­al Innovation Management (ISPIM) selama setahun, sekali gus dapat menyertai program organisasi itu di Melbourne, Australia dan Boston, AS dalam tempoh berkenaan.

Beliau mendedikas­ikan kejayaan itu kepada ayahnya, Idek Asal dan ibu, Bintek Abdul Rahman serta semua ahli keluarga yang memberi dorongan.

“Alhamdulil­lah, kejayaan ini hadir pada 1 Muharram 1439 Hijrah, tahun yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Ia permulaan baik bagi saya untuk berhijrah melakukan lebih baik demi agama, negara dan bangsa saya Sama/Bajau,” katanya.

Ia adalah kejayaan keempat Sirhajwan di peringkat global sepanjang tahun ini dan tahun lalu.

Tiga lagi anugerah diraihnya adalah biasiswa Macmillan English anjuran Macmillan Education Teachers at the Heart di UK pada 2016, biasiswa Internatio­nal Associatio­n of Teachers of English as a Foreign Language (IATEFL) kategori Express Publishing 2017 dan antara 50 finalis Hadiah Guru Global 2017.

Sehubungan itu, ayah serta ibunya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua yang terlibat membantu kejayaan anak bongsu mereka itu.

“Terima kasih kepada wakil rakyat kami Datuk Musbah Jamli, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan tidak lupa juga kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul dan Pengetua Kolej Vokasional Keningau Johairi Saibin yang telah membantu anak kami,” kata mereka.

 ??  ?? IKRAR: Sapawi serta tetamu kehormat yang lain menandatan­gani gegantung Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada majlis itu.
IKRAR: Sapawi serta tetamu kehormat yang lain menandatan­gani gegantung Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada majlis itu.
 ??  ?? BERTEMBUNG: Kereta Toyota Hilux terbalik selepas bertembung dengan Perodua Myvi.
BERTEMBUNG: Kereta Toyota Hilux terbalik selepas bertembung dengan Perodua Myvi.
 ??  ?? MOHD SIRHAJWAN
MOHD SIRHAJWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia