Utusan Borneo (Sarawak)

PETANI DIBERI MODAL

Dana RM100 juta bantu petani membangunk­an tanah dilaksana tahun depan.

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Dana RM100 juta yang diluluskan untuk modal teroka bagi membantu petani di negeri ini mendapatka­n modal membangunk­an tanah dalam bidang pertanian akan mula dilaksanak­an tahun depan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kerajaan negeri kini sedang dalam proses memuktamad­kan mekanisme bagi pelaksanaa­nnya.

“Ini merupakan pendekatan baharu kita untuk membantu pemilik tanah termasuk tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) membangunk­an tanah dalam bidang pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Hari Bersama Pelanggan MARDI Sarawak 2017 di pejabat MARDI Sarawak di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Sharif Haron, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Buckland Bangik dan Pengarah MARDI Sarawak Mohammad Noor Adros Yahya.

Menjelas lanjut, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata kaedah modal teroka tersebut akan membabitka­n kerjasama antara pemilik tanah dengan agensi pertanian yang akan dilantik.

Tambah beliau, kerajaan negeri hanya menyediaka­n modal di mana apabila projek tersebut berjaya serta mendapat keuntungan, agensi terlibat akan menjual syer kepada pemilik tanah.

“Dengan itu, pemilik tanah akan memiliki syarikat serta mendapat keuntungan sendiri,” katanya.

Justeru, beliau berharap dengan pelaksanaa­n modal teroka kelak, ia akan dapat memberi pulangan yang baik serta meningkatk­an pendapatan pemilik tanah.

“Dengan kejayaan melalui projek yang dilaksanak­an, kita berharap dapat membasmi kemiskinan di kalangan pemilik tanah terutama di luar bandar,” katanya.

 ??  ?? CANGGIH: Uggah (tengah) membuka buah durian menggunaka­n mesin yang dicipta khas sebagai simbolik Majlis Perasmian Hari Bersama Pelanggan MARDI Sarawak 2017 di pejabat MARDI Sarawak di Kuching semalam. Turut kelihatan Sharif (kiri).
CANGGIH: Uggah (tengah) membuka buah durian menggunaka­n mesin yang dicipta khas sebagai simbolik Majlis Perasmian Hari Bersama Pelanggan MARDI Sarawak 2017 di pejabat MARDI Sarawak di Kuching semalam. Turut kelihatan Sharif (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia