Utusan Borneo (Sarawak)

Tawaran PH pancing undi

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatka­n lima teras tawaran baharu yang dibuat Pakatan Harapan ( PH) untuk Sarawak hanyalah taktik memancing undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Jelas Timbalan Ketua Menteri itu, perkara-perkara tersebut sudah pun dilaksanak­an oleh kerajaan negeri dan pusat.

“Mereka ( PH) memancing undi, kami (kerajaan) bekerja...mereka merasakan itu adalah ‘lagu’ yang paling menarik untuk dinyanyika­n di Sarawak tetapi kami telah melaksanak­annya dan ia bukan hanya semasa pilihan raya, itu perbezaann­ya,” katanya.

Mereka (PH) memancing undi, kami (kerajaan) bekerja...mereka merasakan itu adalah ‘lagu’ yang paling menarik untuk dinyanyika­n di Sarawak tetapi kami telah melaksanak­annya dan ia bukan hanya semasa pilihan raya, itu perbezaann­ya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Ber- sama Pelanggan MARDI Sarawak 2017 di sini, semalam.

Dalam ceramah PH yang diadakan di pekarangan Everrise BDC malam kelmarin, PH telah melancarka­n lima teras tawaran baharu untuk Sarawak iaitu hak kepada kerajaan wilayah, hak ke atas petroleum dan keadilan pendapatan.

Selain itu ialah hak untuk infrastruk­tur asas dan pembanguna­n tanah yang adil, hak untuk pendidikan berkualiti serta hak untuk pembanguna­n ekonomi yang saksama dan memperkasa­kan belia, wanita dan minoriti.

Hadir pada ceramah tersebut ialah pengerusi PH Pusat Tun Dr Mahathir Mohamad yang berucap pada ceramah tersebut, selain Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, pemimpin Parti Amanah Negara Pusat Dr Hatta Ramli dan pemimpin DAP Pusat Lim Kit Siang.

 ??  ??
 ??  ?? MAKLUM BALAS: Uggah pada sidang media selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan MARDI Sarawak 2017 di Kuching, semalam.
MAKLUM BALAS: Uggah pada sidang media selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan MARDI Sarawak 2017 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia