Utusan Borneo (Sarawak)

Rebut 1,000 jawatan kosong Sabtu ini

-

KUCHING: Sebanyak 1,000 jawatan kosong dalam pelbagai sektor dan kategori pekerjaan daripada 20 syarikat akan ditawarkan pada Program Penempatan Pekerjaan di Dewan Masyarakat Kota Padawan, Batu 10 di sini, Sabtu ini.

Program anjuran Pejabat Tenaga Kerja Kuching di bawah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Menurut kenyataan dikeluarka­n Pejabat Tenaga Kerja Kuching, orang ramai khususnya pencari kerja yang ingin mendapatka­n informasi kerjaya atau peluang pekerjaan dijemput menghadiri program tersebut.

“Orang ramai terutama mereka yang sedang mencari pekerjaan diminta jangan melepaskan peluang ini.

“Para pelajar universiti khususnya pelajar semester akhir yang akan melangkah ke alam pekerjaan juga dialu-alukan mengunjung­i program tersebut,” kata kenyataan itu semalam.

Selain daripada pendaftara­n dalam talian, JobsMalays­ia, dan temu duga terbuka dikendalik­an syarikat-syarikat mengambil bahagian, orang ramai juga boleh membuat pertanyaan atau mendapatka­n khidmat nasihat mengenai undang-undang perburuhan menerusi kaunter perkhidmat­an disediakan.

Bagi pencari kerja yang ingin membuat pendaftara­n dalam talian JobsMalays­ia, mereka dinasihati supaya membawa sijil kelayakan.

Manakala mereka yang ingin menghadiri temu duga terbuka pula, dinasihati berpakaian kemas dan bersesuaia­n serta membawa bersama kad pengenalan, resume dan sijil berkaitan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Tenaga Kerja Kuching di talian 082-247349.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia