Utusan Borneo (Sarawak)

BIKF 13 cuba pecah rekod MBR pacak 1,200 layang-layang pelbagai bentuk

-

BINTULU: Peserta antarabang­sa dan tempatan yang terlibat pada Festival LayangLaya­ng Antarabang­sa Borneo Bintulu (BIKF) Ke-13 menguji kekuatan angin dalam acara pembukaan di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu di sini semalam.

Tinjauan mendapati persembaha­n peserta berjalan lancar semalam namun acara tumpuan akan dikelola Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) kelak adalah melakukan percubaan mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBR) membabitka­n acara `The Longest Wind Garden Street’ dengan memacak 1,200 layang- layang pelbagai bentuk di atas tanah di tapak festival.

Rekod MBR empat kali dicipta sebelum ini ialah menerbangk­an 1,655 layang- layang secara serentak selama 20 minit pada 2008, menerbangk­an 92 set layang- layang berangkai ( train kites) juga secara serentak dengan setiap satu set mempunyai 100 layanglaya­ng pada 2010, memecahkan rekod acara menerbang 2,550 layang- layang pada 2013 dan mencipta rekod ` The Longest Arch Kite Tunnel’ sepanjang 500 meter membabitka­n 2,500 layang- layang pada 2014.

Festival yang berlangsun­g pada sebelah siang dan malam pada tahun lepas dianggarka­n dikunjungi 200,000 pengunjung keseluruha­nnya dan pada tahun ini pihak BDA berharap lebih ramai pengunjung akan datang ke tapak festival terbabit sehingga 1 Oktober depan.

Festival dianjurkan untuk mewujudkan interaksi pelbagai kaum dan sukan riadah untuk yang berkeluarg­a, peluang perniagaan untuk peniaga kecil-kecilan, mempromosi produk, masakan tradisiona­l dan menjadikan Bintulu sebagai destinasi pelanconga­n.

Sebanyak 16 negeri atau kelab untuk kategori kebangsaan merangkumi Bolong Kite Team (Johor), Sarawak, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, Team Impian (Melaka), Kelab Pelayang Pasir Gudang, Windancer Kuala Lumpur, Mersing Kite Team (Johor), De Junction Kite ( Melaka), Fly n Smile (Kuala Lumpur) dan Key Force Team (Perlis) menyertai festival itu.

Peserta antarabang­sa pula membabitka­n 25 negara terdiri daripada China, England, Jepun, Vietnam, Itali, Sweden, Australia, Turki, India, Perancis, Switzerlan­d, Taiwan, Singapura, Belgium, Kanada, Thailand, Indonesia, New Zealand, Estonia, Colombia, Malaysia, Korea, Rusia, Sepanyol dan Portugal.

Acara lain yang diadakan sepanjang festival itu berlangsun­g ialah ekspo perniagaan, bengkel membuat wau tradisi kebangsaan oleh pelayang tempatan dan membuat layang-layang moden oleh pelayang dari Indonesia, Singapura, Turki dan India yang disertai beberapa sekolah di bahagian Bintulu dan pelbagai aktiviti lain.

 ??  ?? UJI LAYANG-LAYANG: Peserta antarabang­sa dan tempatan menguji kekuatan tiupan angin dengan menerbangk­an layang-layang besar dan kecil pelbagai bentuk dan warna di tapak lapangan terbang lama Bintulu.
UJI LAYANG-LAYANG: Peserta antarabang­sa dan tempatan menguji kekuatan tiupan angin dengan menerbangk­an layang-layang besar dan kecil pelbagai bentuk dan warna di tapak lapangan terbang lama Bintulu.
 ??  ?? PENGURUS JUALAN: Kelvin Ng (kanan), Shirley Yong (dua kanan), Pengurus Jualan Auto Pacifica Sdn Bhd Jeremiah Lim (tiga kanan) bergambar bersama jurujual Auto Pacifica.
PENGURUS JUALAN: Kelvin Ng (kanan), Shirley Yong (dua kanan), Pengurus Jualan Auto Pacifica Sdn Bhd Jeremiah Lim (tiga kanan) bergambar bersama jurujual Auto Pacifica.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia