Utusan Borneo (Sarawak)

Belia Kampung Sentosa hilang tempat beriadah

Penduduk bantah kawasan lapang di Lorong Sentosa Utara 7 ditutup untuk laksana projek pembanguna­n

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Penduduk kampung khususnya belia Kampung Sentosa, Jalan Salim kini kehilangan tempat beriadah selepas kawasan lapang di Lorong Sentosa Utara 7 diambil alih untuk pelaksanaa­n projek pembanguna­n.

Kawasan lapang ini dahulu dijanji untuk dibina padang hoki, difahamkan telah diambil alih dan dipagar sejak seminggu lepas bagi cadangan projek pembinaan Terminal Bas Sentral Sibu.

Ini mengundang bantahan penduduk kampung terutama belia apabila tidak lagi mempunyai padang bermain bola sepak pada sebelah petang.

Bantahan sama juga disuarakan oleh bekas pemain hoki

Kami tidak menolak pembanguna­n hendak dilaksanak­an di sini. Namun jika boleh, padang ini harus dikekal dan jangan diganggu agar penduduk khususnya golongan belia mempunyai tempat untuk beriadah.

bahagian Sibu kerana padang tersebut didakwa pernah dijanji untuk dijadikan padang hoki sekitar tahun 80-an.

Jurucakap bekas pemain hoki Sibu, Abdul Hajis Abdullah berkata, beliau mewakili bekas pemain hoki mahu padang tersebut dikekal serta tidak diganggu mana-mana pihak atas nama pembanguna­n.

“Kami tidak menolak pem- bangunan hendak dilaksanak­an di sini. Namun jika boleh, padang ini harus dikekal dan jangan diganggu agar penduduk khususnya golongan belia mempunyai tempat untuk beriadah,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Abdul Hajis yang juga bekas setiausaha Persatuan Hoki Bahagian Sibu berkata, tindakan memagar padang itu dilakukan tanpa berbincang dengan bekas pemain hoki di sini.

Perkara tersebut katanya, sepatutnya dibawa berbincang terlebih dahulu kerana tapak terbabit dahulu telah dijanjikan untuk dibina padang hoki.

“Kami menuntut supaya tapak padang ini tidak diganggu dan dijadikan padang hoki sebagai tanda penghargaa­n kepada pemain-pemain hoki Sibu suatu ketika dahulu,” jelasnya yang juga bekas pemain hoki Sarawak.

Menurut beliau, bahagian Sibu pernah menjadi kuasa hoki serta menjuarai Piala Sarawak selama 13 tahun berturut-turut sekitar tahun 80-an.

Oleh itu katanya, ramai pemain dari bahagian Sibu dipilih mewakili pasukan hoki Sarawak pada ketika itu.

Abdul Hajis Abdullah Jurucakap bekas pemain hoki Sibu

 ??  ?? BANTAH: Abdul Hajis (tujuh kanan) bersama bekas pemain hoki dan belia Kampung Sentosa menyuaraka­n bantahan selepas padang yang ada dipagar oleh pihak tertentu.
BANTAH: Abdul Hajis (tujuh kanan) bersama bekas pemain hoki dan belia Kampung Sentosa menyuaraka­n bantahan selepas padang yang ada dipagar oleh pihak tertentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia