Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM tahan setiausaha politik menteri

Membantu siasatan berhubung penyelewen­gan wang peruntukan kepada PTPK

-

KEPALA BATAS: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan seorang Setiausaha Politik sebuah kementeria­n bagi membantu siasatan berhubung penyelewen­gan wang peruntukan yang disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK).

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata SPRM telah menahan setiausaha berkenaan pada jam 12.30 tengah hari semalam dan individu berkenaan akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatka­n perintah tahanan reman bagi

Sebelum ini, kita telah menangkap empat orang berhubung perkara sama penyelewen­gan wang PTPK yang mana kesemua individu terbabit telah pun direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM. Hari ini (semalam) SPRM telah membuat tangkapan terhadap seorang lagi yang merupakan Setiausaha Politik sebuah kementeria­n.

membolehka­n badan itu menjalanka­n siasatan dengan lebih lanjut.

“Sebelum ini, kita telah menangkap empat orang berhubung perkara sama penyelewen­gan wang PTPK yang mana kesemua individu terbabit telah pun direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM. Hari ini (semalam) SPRM telah membuat tangkapan terhadap seorang lagi yang merupakan Setiausaha Politik sebuah kementeria­n,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Kembara Jelajah Anti-Rasuah 2017’ (KEJAR ‘17) peringkat negeri Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang di sini semalam.

Dzulkifli berkata setiausaha terbabit merupakan individu kelima yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewen­gan wang peruntukan tersebut.

Menurut sumber SPRM, individu berkenaan yang berumur 61 tahun itu merupakan ahli biasa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Serian, Sarawak.

“Individu itu ditahan oleh SPRM ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 12.30 tengah hari ini (semalam), “kata sumber itu.

Pada 13 Sept lalu, SPRM telah menahan empat individu kerana disyaki menyelewen­g dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.

Mereka yang ditahan adalah seorang ketua eksekutif bergelar Datuk berumur 58 tahun ditahan bersamasam­a setiausaha perbadanan berumur 34 tahun, penolong pegawai kewangan berumur 32 tahun dan pengarah sebuah syarikat yang bergelar doktor berumur 38 tahun di beberapa lokasi di ibu negara dalam operasi khas SPRM.

Bagaimanap­un, kesemua individu terbabit yang direman enam hari bermula 14 Sept lalu masing-masing telah dibebaskan dengan jaminan SPRM. — Bernama

Tan Sri Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjay­a SPRM

 ??  ?? NOOR RASHID
NOOR RASHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia