Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat Sri Minyak Tenaga buka cawangan keempat di Miri

-

tersebut akan diadakan pada akhir pameran jualan perabot pada 1 Oktober jam 8.30 malam di venue yang sama dan pelanggan yang menyertain­ya boleh datang sendiri atau menghantar wakil.

Hup Seng Furniture Showroom mempunyai tiga cawangan bilik pamerannya di seluruh Sarawak iaitu di Kuching, Sibu dan Miri. MIRI: Syarikat Sri Minyak Tenaga Sdn Bhd semalam merasmikan cawangan baharunya di Miri terletak di Piasau Utara menjadikan cawangan keempat di Sarawak selepas penubuhan ibu pejabatnya di Sibu dan cawangan di Bintulu dan Kuching.

Eksekutif Jualannya Patrick Lee Pui Hon berkata, syarikat berkenaan merupakan pengedar bahan bakar dan minyak pelincir Shell dilulus untuk Sarawak.

“Syarikat kami beroperasi dalam industri ini selama 30 tahun dan telah mengedarka­n bahan bakar dan minyak pelincir Shell untuk kenderaan seperti motosikal dan kereta serta minyak diesel komersial,” katanya.

Sementara itu, pengasas Syarikat Sri Minyak Tenaga Sdn Bhd, Dato Willian Tiu menyatakan penghargaa­n dan terima kasih kepada Shell memberi peluang kepada pihaknya untuk menjadi pengedar bahan bakar dan minyak pelincir Shell di Sarawak.

“Kami sentiasa bersedia untuk menjual dan memberikan perkhidmat­an kepada setiap sektor yang ada di sini.

“Kita turut mengalu-alukan mereka memerlukan khidmat untuk datang ke cawangan baharu kami di Miri,” katanya.

Mereka berminat untuk mendapatka­n perkhidmat­an tersebut boleh ke cawangan terbabit terletak di Lot 2217, Jalan Utara Piasau MCLD atau menghubung­i Bennet Lau di talian 017-857 8077.

Para pelanggan turut boleh menghubung­i terus ibu pejabat di Sibu di talian 084315 678 atau faks 084-330 130, untuk pertanyaan.

Pengurus Jualan Minyak Pelincir Shell Timur Sdn Bhd Choo Sze Wee hadir sama pada majlis pelancaran semalam turut melahirkan penghargaa­n kepada masyarakat di Miri yang menyokong produk Shell selama ini.

“Disebabkan sokongan diberikan tersebut, ia menjadikan Shell sebagai pembekal nombor satu dalam industri global ini untuk 10 tahun lalu.

“Malah kami amat gembira kerana Syarikat Sri Minyak Tenaga Sdn Bhd dapat membuka cawangan baharunya di Miri, yang akan lebih memudahkan kami untuk memberikan perkhidmat­an kepada pelanggan tetap Shell di sini,” tambahnya.

Hadir sama ialah isteri Tiu, Datin Siew Kim Geok.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: (Dari lapan kiri) Tiu, Siew, Choo (dua kanan) dan Patrick (empat kiri) bersama tetamu dan kakitangan Syarikat Sri Minyak Tenaga Sdn Bhd cawangan Miri bergambar bersama selepas majlis perasmian pembukaan cawangan keempat baharu di Miri...
UNTUK ALBUM: (Dari lapan kiri) Tiu, Siew, Choo (dua kanan) dan Patrick (empat kiri) bersama tetamu dan kakitangan Syarikat Sri Minyak Tenaga Sdn Bhd cawangan Miri bergambar bersama selepas majlis perasmian pembukaan cawangan keempat baharu di Miri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia