Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa skandal darah UK boleh saman

-

LONDON: Mangsa skandal darah tercemar di Britain yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 2,400 orang, dan keluarga mereka akan dibenarkan untuk memohon ganti rugi ekoran keputusan Mahkamah Tinggi kelmarin.

Pegawai Mahkamah Tinggi berkata ia adalah “wajar” untuk mengeluark­an segera perintah litigasi berkumpula­n bagi membolehka­n 500 pembuat tuntutan yang berpotensi untuk sama-sama memohon ganti rugi.

Ribuan penghidap hemofilia dijangkiti hepatitis C dan HIV selepas menerima transfusi darah, kebanyakan­nya dari Amerika Syarikat ( AS), menerusi Jabatan Kesihatan Negara (NHS) pada 1970-an, 1980-an dan 1990-an.

Keputusan berkenaan menyusuli pengumuman oleh kerajaan pada Julai lalu bahawa Britain akan melancarka­n inkuiri baharu ke atas skandal tersebut, selepas menerima tekanan dari penggubal undangunda­ng untuk menyiasat kemungkina­n bagi kegiatan jenayah.

Chris Smith, 39, adalah antara mereka yang mengalualu­kan perintah mahkamah kelmarin.

Bapanya Ray meninggal dunia pada 1986 pada usia 32 tahun, mangsa darah tercemar, ketika Smith berusia lapan tahun.

Smith menuduh kerajaan bertindak dengan penipuan dan cuba “menanam” kebenaran di sebalik “bencana terbesar NHS” dan cuba melepaskan diri dengan skim ganti rugi yang “sangat, sangat kecil”.

Smith berkata apa yang telah berlaku kepada bapanya adalah “satu rahsia kotor”.

“Ini adalah lebih mengenai kebenaran berbanding perkara lain – ayah saya dalam kuburnya, untuk apa?” katanya.

Ekoran pengumuman tentang inkuiri berkenaan pada Julai lalu, jurucakap Perdana Menteri Theresa May berkata: “Ia adalah tragedi yang telah menyebabka­n penderitaa­n dan kesusahan yang tidak terkira bagi semua orang yang terjejas dan inkuiri lengkap untuk menentukan kebenaran mengenai apa yang telah berlaku adalah hala tuju tindakan yang tepat untuk diambil.”

D i s e b a b k a n o l e h kekurangan produk darah di Britain, NHS membeli kebanyakan stok darah dari pembekal AS di mana penderma, termasuk banduan dan kumpulan lain dengan risiko jangkitan tinggi, telah dibayar untuk mendapatka­n darah mereka.

Inkuiri sebelum ini yang selesai pada 2009 mendapati menteri-menteri sepatutnya bertindak lebih cepat untuk memastikan bekalan darah di Britain mencukupi supaya ia tidak perlu bergantung kepada import.

Ia turut menuntut ganti rugi bagi mereka yang terjejas skandal itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia