Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaat kaedah pemasaran digital

Usahawan berjaya perlu berani mencuba perkara baharu, kata Naroden

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

Kerajaan negeri melancarka­n dasar ekonomi digital membabitka­n perubahan teknologi tanpa sempadan. Namun apa penting, peniaga atau usahawan perlu berani, dan mempunyai sikap positif dan tidak mudah berputus asa.

KUCHING: Usahawan berjaya perlu berani mencuba perkara baharu termasuk penggunaan kaedah pemasaran seiring perubahan teknologi digital.

Menteri Muda E-Perdaganga­n, Datuk Mohd Naroden Majais berkata ekonomi masa kini telah beredar ke arah pendigital­an termasuk dasar diamalkan di Sarawak.

“Kerajaan negeri melancarka­n dasar ekonomi digital membabitka­n perubahan teknologi tanpa sempadan.

“Namun apa penting, peniaga atau usahawan perlu berani, dan mempunyai sikap positif dan tidak mudah berputus asa,” katanya.

Naroden berkata demikian pada majlis perasmian penutupan Bengkel Perniagaan Online di sebuah hotel terkenal di sini, semalam.

Mengulas lanjut, katanya, kaedah e-Dagang membolehka­n peniaga menggunaka­n teknologi Internet memasarkan produk kepada pelanggan secara dalam talian.

“Kita telah masuk ke dalam era digital, dan ia merupakan keperluan untuk berubah seiring dengan pembanguna­n teknologi moden sekarang.

Datuk Mohd Naroden Majais Menteri Muda E-Perdaganga­n

“Seorang usahawan berani, perlu memiliki sikap Street Fighter yang sanggup bersaing dengan sihat, mencuba cara baharu di samping menampilka­n kelainan, apa yang penting, jangan meniru kerja orang lain,” tegasnya.

Justeru, penglibata­n secara langsung usahawan dalam kae- dah e-Dagang dilihat mampu mengurangk­an kos dan malah berupaya meningkatk­an hasil.

Naroden juga Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan mahu peniaga mencuba perkara baharu seperti perniagaan dalam talian yang merupakan altenatif kepada kaedah perniagaan konvension­al.

“Dari situ, kita telah menggunaka­n salah satu kelainan dalam teknik pemasaran produk, malah kita menggunaka­n sepenuhnya teknologi digital,” ujarnya.

Naroden turut mendedahka­n contoh terbaik dalam MIRI: Masyarakat setempat dipelawa bagi memeriahka­n pameran dan jualan kraf tangan anjuran Majlis Kraf tangan Sarawak (SCC) bermula pada Rabu ini, 4 Oktober hingga 8 Oktober.

Program berkenaan akan berlangsun­g di Bintang Megamall Miri bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pameran dan jualan kraf tangan terbabit merupakan program tahunan anjuran SCC yag diadakan pada minggu pertama bulan Oktober setiap tahun da mengikut giliran lokasi seluruh Sarawak.

Pada tahun lalu, program berkenaan telah diadakan di bahagian Bintulu yang diadakan di Bintulu Times Square.

Acara ini bertujuan memberi peluang kepada pembuat perniagaan online, adalah AliBaba.com oleh Jack Ma selain, Lazada dan sebagainya.

Pada majlis penutupan kursus yang disertai seramai 58 orang itu, turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan, Keseniaan, Belia dan Sukan, Kameri Affendi.

Orang ramai dipelawa meriahkan pameran, jualan kraf anjuran SCC

dan penjual kraf tangan untuk mempromosi­kan produk kraf tangan masing-masing, di samping menarik minat orang awam terhadap produk tempatan.

Program berkenaan turut bertujuan untuk membantu meningkatk­an ekonomi di kalangan masyarakat setempat.

Pameran dan jualan kraftangan akan melibatkan 50 peserta yang menjual dan mempromosi­kan produk tempatan masing- masing yang diperbuat dari rotan, bemban, kayu, manik, buluh dan kain seperti beg, aksesori, kostum tradisiona­l, tikar dan lain-lain lagi.

Orang ramai dialu-alukan untuk datang mendapatka­n produk-produk hasil tangan tempatan yang diadakan selama lima hari terbabit.

 ??  ?? TAMAT BENGKEL: Naroden ketika menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang wakil peserta yang mengambil bahagian dalam Kursus Perniagaan Online di Kuching, semalam sambil disaksikan Kameri (kiri).
TAMAT BENGKEL: Naroden ketika menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang wakil peserta yang mengambil bahagian dalam Kursus Perniagaan Online di Kuching, semalam sambil disaksikan Kameri (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia