Utusan Borneo (Sarawak)

Tinggalkan kerjaya jurutera jadi pengusaha jus buah

-

SERDANG: Mengambil tindakan berani meninggalk­an kerjaya profesiona­l sebagai seorang jurutera elektronik untuk terlibat dalam perniagaan berasaskan pertanian, Mohd Hazrin Abd Aziz kini boleh tersenyum apabila produk jus buah segar keluaran syarikatny­a mendapat sambutan.

Beliau yang memulakan perniagaan jus buah segar dengan nama komersil Jus Tobu pada 2009 secara kecil-kecilan kini sudah mempunyai kilang pengeluara­nnya sendiri di Jelebu, Negeri Sembilan.

“Bila saya pulang ke kampung dan dapati banyak lebihan tebu saya mula mencari alternatif untuk buat pengeluara­n jus tebu sekali gus mengurangk­an lambakan tebu. Alhamdulil­lah, sekarang ini pengeluara­n A sampai Z...daripada tanaman sehingga pengeluara­n semuanya di Jelebu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

Mohd Hazrin kemudian memperluas­kan perniagaan­nya kepada jus durian belanda dan jambu batu bagi membantu orang kampung termasuk lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang menunggu keputusan peperiksaa­n itu.

“Sumber tebu saya ambil daripada pekebun dari tujuh kebun yang setiap satunya berukuran tiga hingga enam ekar manakala durian belanda dan jambu saya ambil daripada petani di sekitar Negeri Sembilan,” katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat 100 kedai dan restoran yang menerima jus buah keluaranny­a di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Johor Bharu dan Kuala Lumpur dengan sasaran jualan sebanyak 100,000 botol setiap tahun.

“Buat masa ini ada tiga jenis perisa iaitu tebu, durian belanda dan jambu batu. — Bernama SERDANG: Penanaman buah nangka gergasi yang boleh mencecah berat hampir 40 kg sebiji mampu meningkatk­an pendapatan golongan petani berikutan potensi hasil tuaian yang lebih baik berbanding nangka biasa.

Pengarah Bahagian Hortikultu­r Jabatan Pertanian Malaysia, Abdul Daut berkata baka Nangka Subang J38 atau nama saintifikn­ya ‘Artocarpus Heterophyl­lus’ dengan saiz yang lebih besar dan berat menghasilk­an ulas buah berwarna oren kemerahmer­ahan yang lebih manis dan lembut berbanding baka lain.

“Kebiasaann­ya buah nangka baka lain hanya mampu membesar sehingga berat 10 ke 15 kg dan ulas buahnya lebih kecil, justeru apabila petani menjualnya kepada pihak pemborong secara kiraan per kilogram, pulanganny­a tidak begitu tinggi.

“Berbanding menjual buah nangka gergasi pasti hasil diraih meningkat sekali ganda berbanding kebiasaann­ya,” katanya ketika ditemui Bernama pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang di sini semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia