Utusan Borneo (Sarawak)

Tawaran istimewa sebulan di Sonice Furniture

Harga istimewa meliputi set meja makan hingga ke bilik tidur sempena ulang tahun ke-10

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Sempena ulang tahun ke-10, Sonice Furniture di sini akan menawarkan tawaran istimewa selama sebulan bermula 1 hingga 31 Oktober.

Antara yang ditawarkan adalah set meja makan berharga dari RM1,990, set sofa berharga dari RM2,688 dan set bilik tidur berharga dari RM2,990 daripada jenamajena­ma terkemuka iaitu La-ZBoy, Master Sofa, Naturatex dan VG Sofa.

Malah hadiah menarik juga akan diberikan berupa ‘ Recliner Armchair’ bagi pembelian dengan bayaran deposit RM18,000, ‘ 360 Rotating Mirror’ bagi pembelian dengan bayaran de- posit RM12,000, ‘Porcelain Dog’ bagi pembelian dengan bayaran deposit RM8,000, sofa kanak-kanak bagi pembelian dengan bayaran deposit RM5,000, baucar Parkson bernilai RM100 bagi pembelian dengan bayaran deposit RM3,500 dan ‘Round Stool’ bagi pembelian dengan bayaran deposit RM1,000.

Tawaran istimewa Sonice Furniture yang turut disokong beberapa pengendali trak makanan di sini, juga akan memberi baucar trak makanan bernilai RM20 kepada seramai 100 pelanggan pertama.

Selain itu, kempen cabutan bertuah turut diadakan bagi tempoh 1 Oktober 2017 hingga 10 Februari 2018 yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM18,888 kepada 30 pemenang.

Cabutan bertuah ini adalah layak untuk pelanggan yang membuat pembelian RM5,000 ke atas dan membuat pembayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan.

Keputusan cabutan bertuah ini akan diumumkan pada 11 Februari 2018 dengan hadiah utama sebanyak RM1,888, hadiah pertama RM888, kedua RM588 dan ketiga RM168.

Sonice Furniture terletak di No.99, Lot 3987, Jalan Dogan, Pusat Komersial Sunny Park, Batu Kawa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 082-455561.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TAWARAN: Antara perabot yang ditawarkan pada harga istimewa di Sonice Furniture sempena meraikan ulang tahun ke-10.
TAWARAN: Antara perabot yang ditawarkan pada harga istimewa di Sonice Furniture sempena meraikan ulang tahun ke-10.
 ??  ?? DI SINI: Premis Sonice Furniture yang terletak di No.99, Lot 3987, Jalan Dogan, Pusat Komersial Sunny Park, Batu Kawa.
DI SINI: Premis Sonice Furniture yang terletak di No.99, Lot 3987, Jalan Dogan, Pusat Komersial Sunny Park, Batu Kawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia