Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar, guru SMK Batu Kawa ikuti Kem Kesedaran Perlindung­an Lapisan Ozon

-

KUCHING: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri mengadakan Kem Kesedaran Perlindung­an Lapisan Ozon melibatkan pelajar serta guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Batu Kawa.

Seramai 36 pelajar dan empat guru SMK Batu Kawa menyertai kem tersebut yang berlangsun­g selama dua hari pada 29 dan 30 September di Pusat Hidupan Liar Matang, dekat sini.

Pengarah JAS Negeri Mohd Hidzir Bakar berkata, kem ini diadakan sempena Hari Ozon Sedunia 2017 yang disambut pada 16 September setiap tahun dengan tema ‘Caring For All Life Under The Sun’ pada tahun ini.

Antara objektif dan matlamat kem ini adalah untuk memberi pendedahan lebih lanjut mengenai situasi terkini pemanasan global dan keadaan lapisan ozon.

Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan kesedaran di kalangan generasi muda yang terdiri daripada pelajar sekolah terhadap kepentinga­n memelihara lapisan ozon.

“Lapisan ozon semula jadi memainkan fungsi penting sebagai lapisan perlindung­an kepada segala bentuk kehidupan di bumi.

“Malangnya, lapisan ini semakin terancam disebabkan oleh penggunaan beberapa jenis bahan kimia yang dikenali umum sebagai bahan pemusnah ozon.

“Justeru, jabatan berharap program ini akan menjadi platform kepada JAS untuk menyampaik­an hasrat murni kerajaan ke arah memupuk semangat cintakan alam sekitar di semua lapisan masyarakat khususnya pelajar sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan kem tersebut.

Tambah Hidzir, bagi memelihara lapisan ozon, negara telah berjaya menggantik­an produk kluorofluo­rokarbon atau CFC, halons dan CTC yang telah ditamatkan pengeluara­nnya sejak Januari 2010.

Pada 1 Januari 2015 pula, penggunaan Metil Bromida (MBr) sebagai racun perosak dalam sektor pertanian juga telah dilarang di Malaysia.

Bagaimanap­un, katanya, penggunaan MBr untuk kuarantin dan rawatan penghantar­an masih dibenarkan bagi mengelak kehadiran haiwan perosak.

Turut hadir, Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Batu Kawa Ariick Bantan mewakili pengetua serta wakil dari agensi- agensi berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia