Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai acara, persembaha­n layang-layang gamit tumpuan BIKF Ke-13

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Pelbagai acara dan persembaha­n layanglaya­ng mencuri tumpuan pengunjung yang membanjiri tapak festival sempena pembukaan rasmi Festival Layang- Layang Antarabang­sa Borneo Bintulu (BIKF) Ke-13 di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu di sini, semalam.

Upacara pembukaan rasmi disempurna­kan oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datu Ik Pahon Joyik, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi dan Saiful Bahri Alwi mewakili Residen Bintulu Muhamad Yakup Kari.

Festival itu bertujuan untuk mewujudkan interaksi pelbagai kaum dan sukan riadah di samping peluang perniagaan untuk peniaga kecil-kecilan, mempromosi produk, masakan tradisiona­l di Paruk Vaie sekali gus menjadikan Bintulu sebagai destinasi pelanconga­n.

Sebanyak 16 negeri dan kelab untuk kategori kebangsaan menyertai festival itu merangkumi Bolong Kite Team ( Johor), Sarawak, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, Team Impian ( Melaka), Kelab Pelayang Pasir Gudang, Windancer Kuala Lumpur, Mersing Kite Team (Johor), De Junction Kite (Melaka), Fly n Smile (Kuala Lumpur) dan Key Force Team (Perlis).

Peserta antarabang­sa pula membabitka­n 25 negara terdiri daripada China, England, Jepun, Vietnam, Itali, Sweden, Australia, Turki, India, Perancis, Switzer- land, Taiwan, Singapura, Belgium, Kanada, Thailand, Indonesia, New Zealand, Estonia, Colombia, Malaysia, Korea, Rusia, Sepanyol dan Portugal.

Acara lain yang diadakan sepanjang festival itu ialah ekspo perniagaan, bengkel membuat wau tradisi kebangsaan oleh pelayang tempatan dan membuat layang-layang moden oleh pelayang dari Indonesia, Singapura, Turki dan India yang disertai oleh beberapa sekolah di sini.

Sementara itu, BDA turut melakukan percubaan untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Record (MBR) membabitka­n acara ‘The Longest Wind Garden Street’ dengan memacak 1,200 layang-layang pelbagai bentuk di atas tanah di tapak festival.

Rekod MBR empat kali dicipta sebelum ini ialah menerbangk­an 1,655 layanglaya­ng secara serentak selama 20 minit pada tahun 2008, menerbangk­an 92 set layang-

 ??  ?? RASMI: Abdul Karim (tengah) menyempurn­akan perasmian BIKF Ke-13 dengan menerbangk­an wau sambil disaksikan oleh Talib (kiri), Rodziah (kanan) serta yang lain.
RASMI: Abdul Karim (tengah) menyempurn­akan perasmian BIKF Ke-13 dengan menerbangk­an wau sambil disaksikan oleh Talib (kiri), Rodziah (kanan) serta yang lain.
 ??  ?? SAMBUTAN HEBAT: Wau dan layang-layang yang diterbangk­an di ruang udara Bintulu serta orang ramai yang berada di tapak festival.
SAMBUTAN HEBAT: Wau dan layang-layang yang diterbangk­an di ruang udara Bintulu serta orang ramai yang berada di tapak festival.
 ??  ?? PELBAGAI: Layang-layang pelbagai bentuk, warna dan saiz yang diterbangk­an di tapak lapangan terbang lama Bintulu.
PELBAGAI: Layang-layang pelbagai bentuk, warna dan saiz yang diterbangk­an di tapak lapangan terbang lama Bintulu.
 ??  ?? MENARIK: Persembaha­n tarian ‘Selamat Datang’ oleh kumpulan pelajar sekolah menengah di hadapan tetamu.
MENARIK: Persembaha­n tarian ‘Selamat Datang’ oleh kumpulan pelajar sekolah menengah di hadapan tetamu.
 ??  ?? CUBA: Abdul Karim sedang menerbangk­an wau semasa perasmian pembukaan BIKF ke-13.
CUBA: Abdul Karim sedang menerbangk­an wau semasa perasmian pembukaan BIKF ke-13.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia