Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat nelayan ditemui terapung dekat Rengit

-

JOHOR BAHRU: Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang kelmarin ditemui terapung oleh nelayan, dua batu nautika dari Sungai Bagan, Rengit, dekat Batu Pahat, pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Misran Sharif, 46, dilaporkan hilang selepas keluar menjaring ikan bersama enam rakannya yang lain lebih kurang pada jam 6 pagi kelmarin, menaiki bot yang berlainan dari Jeti Sungai Rengit.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata mangsa yang menaiki bot sendiri tidak dapat dihubungi selepas rakan- rakannya yang lain berpatah balik ke jeti beriku- tan ribut.

“Pihak polis telah menerima laporan daripada ibu mangsa, Saniah Sapoh yang datang membuat laporan mengenai anak lelakinya yang tidak pulang ke rumah pada jam 9.27 malam.

Hasil laporan daripada rakan mangsa, mereka memaklumka­n tidak nampak arah mana mangsa berlindung daripada angin ribut.

“Seramai empat orang anggota bomba dari Balai Bomba Rengit dan tiga anggota Polis Rengit kemudian dikerahkan ke kawasan jeti di Sungai Tongkang, Rengit berikutan penemuan jaring mangsa yang hanyut di kawasan berkenaan namun mangsa dan botnya gagal dikesan,” kata beliau dalam kenyataan di sini semalam.

Abdul Wahib berkata pencarian kemudianny­a diteruskan menggunaka­n bot bomba di tepi pantai Sungai Tongkang sebelum dihentikan pada 10.30 malam kelmarin berikutan keadaan hujan lebat dan angin kuat.

Bagaimanap­un, mayat mangsa ditemui pada 8.45 pagi semalam yang kemudianny­a dibawa ke Jeti Parit Amat, Kampung Bumiputra Dalam sebelum disahkan identiti oleh adik mangsa.

Mangsa dipercayai mati lemas dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk dibedah siasat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia