Utusan Borneo (Sarawak)

Idea guru sedang dikumpul tangani salah laku pelajar: Mahdzir

-

MUAR: Kementeria­n Pendidikan sedang mengumpul idea dan pandangan daripada kalangan guru dan ahli akademik seluruh negara bagi menangani masalah salah laku pelajar yang semakin membimbang­kan.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata untuk tujuan itu, guru besar dan para guru diminta memberikan pandangan supaya sahsiah dan keperibadi­an diri dalam kalangan pelajar dapat ditingkatk­an.

“Semua boleh berikan pandangan termasuk guru besar, guru, guru berprestas­i tinggi, guru sementara, guru di bandar mahu pun di luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas program Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Parlimen Bakri, Muar, Ledang dan Pagoh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani, di sini semalam.

Katanya guru yang berkhidmat lebih 25 tahun amat dialukan memberikan pandangan memandangk­an mereka lebih berpengala­man dan memahami apa yang berlaku di sekolah.

Beliau berkata para guru boleh menggunaka­n pelbagai medium untuk mengemukak­an idea dan pandangan kepada kementeria­n termasuk e-mel dan pernyataan bertulis.

“Pengumpula­n idea dan pandangan ini dibuat secara umum dan tidak ada jawa- tankuasa khas ditubuhkan. Kita sudah ada Ketua Pengarah Pelajaran dan timbalan, mereka boleh ambil idea dan pandangan yang disalurkan,” katanya.

Menurut Mahdzir, masalah salah laku pelajar seperti buli, penyalahgu­naan dadah, samseng, gangsteris­me mahupun kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Kuala Lumpur baru-baru ini, benar-benar menyebabka­n semua pihak tersentak.

Sehubungan itu, beliau berkata kementeria­n perlu ‘bangun’ dan berbuat sesuatu dalam menangani masalah yang semakin parah itu supaya nilai sahsiah dan keperibadi­an pelajar dapat dibangunka­n seiring Pelan Pembanguna­n Pendidikan 2013-2025.

Berhubung program Guru Pembina Negara Bangsa, Mahdzir berkata ia akan diteruskan sepanjang tahun menerusi pelbagai kaedah merangkumi gotong royong, persidanga­n, kolokium, pesta dan sebagainya.

“Tujuannya adalah untuk menyatakan ikrar guru untuk membina sebuah negara bangsa iaitu semua kaum dalam negara… untuk membina sebuah negara Malaysia.

Secara holistikny­a, mesti ada kejayaan dalam pengajaran dan pembelajar­an serta kejayaan terhadap keperibadi­an pelajar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Mahdzir (tengah) sambut oleh para pendidik pada program Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Parlimen Bakri, Muar, Ledang dan Pagoh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani dekat Muar, semalam.
— Gambar Bernama TIBA: Mahdzir (tengah) sambut oleh para pendidik pada program Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Parlimen Bakri, Muar, Ledang dan Pagoh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani dekat Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia