Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi USMA, Wydad berkesudah­an 0-0

-

JOHANNESBU­RG: USM Alger dari Algeria dan Wydad Casablanca dari Maghribi seri 0-0 kelmarin dalam perlawanan separuh akhir pusingan pertama Liga JuaraJuara CAF yang hambar di Algiers.

Pertarunga­n utara Afrika yang berhati-hati seperti biasa gagal menghasilk­an sebarang peluang untuk menjaringk­an gol bagi penonton yang ramai di Stade du 5 Juillet yang dapat menampung 80,000 orang.

Perlawanan itu tidak men- ingkatkan reputasi pertanding­an elit kelab Afrika dengan satu insiden pada minit ke- 80 yang memaparkan kemunduran dalam bola sepak Afrika.

USMA dengan mudah melepasi pemain lawan untuk memasuki posisi bahaya di luar kotak penalti tetapi Amir Sayoud tidak dapat menendang bola dengan betul, dan ia tersasar jauh.

Kelab Algeria berkenaan memonopoli permainan sepanjang perlawanan, tetapi tidak tahu bagaimana untuk men- cipta ruang dalam kawasan pasukan lawan.

Selain tidak ada imaginasi dari kedua-dua pasukan, perlawanan juga tidak ada rentak kerana kerap dihentikan ekoran kecederaan yang dialami pemain, ada daripadany­a mencurigak­an.

Apabila pemain gantian Wydad, Abdeladim Khadrouf, ditolak dari belakang ketika perlawanan berbaki beberapa minit, dia terjatuh di atas tanah sambil memegang mukanya dan mencetuska­n penangguha­n yang lama.

Ketika pemain dari Maghribi itu dibawa keluar dengan usungan, dia segera bangun dan lari balik ke dalam padang.

USMA memaksa dua tendangan percuma dan satu tendangan sudut dalam masa tambahan tanpa mengancam untuk menamatkan kebuntuan yang membosanka­n.

Wydad, bekas juara, akan menjadi hos bagi perlawanan timbal balik menentang USMA, naib juara 2015, pada hujung minggu 20-22 Oktober. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERTEMBUNG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan separuh akhir pusingan pertama Liga Juara-Juara CAF di antara USM Alger’s dan Casablanca’s Wydad di Algiers.
— Gambar AFP BERTEMBUNG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan separuh akhir pusingan pertama Liga Juara-Juara CAF di antara USM Alger’s dan Casablanca’s Wydad di Algiers.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia