Utusan Borneo (Sarawak)

HUSM terima bantuan pakar jantung kanak-kanak dari UK

-

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) sekali lagi menerima bantuan kepakaran sepasukan doktor pakar bedah jantung kanak-kanak dari United Kingdom, kali ini bagi melakukan pembedahan kepada 10 orang pesakit jantung, di Hospital USM (HUSM) Kubang Kerian di Kota Bharu.

Timbalan Pengarah Kanan (Klinikal) HUSM Dr Nik Min Ahmad berkata, rombongan pakar berkenaan adalah kesinambun­gan program yang dimulakan sejak 2015 dibiayai sepenuhnya oleh sebuah pertubuhan badan amal, Yayasan ‘Healing Little Heart’ (HLH).

“Kali ini rombongan pakar diketuai Dr Edward Peng bersama tiga doktor, tiga jururawat dan seorang perfusioni­s dari Royal Hospital For Children, Glasgow, Scotland dalam usaha membantu 10 pesakit jantung kanakkanak di HUSM,” katanya pada sidang akhbar bagi memperkena­lkan projek amal itu di Kota Bharu, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Pusat Perkhidmat­an dan Penyelidik­an Neurosains HUSM Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah dan Pakar Pediatrik Kardiologi­s HUSM Dr Mohd Rizal Mohd Zain.

Dr Nik Min berkata, pesakit jantung terbabit yang berumur antara tujuh hari dan 18 tahun menjalani pembedahan tersebut yang bermula Ahad hingga Khamis lepas.

Beliau berkata, sehingga kini empat bantuan yang sama berjaya memberi manfaat kepada 40 pesakit jantung kanak-kanak di Kelantan sejak program itu dilaksanak­an pada 2015.

Katanya, HUSM amat bertuah dan berterima kasih atas usaha murni yang dilakukan oleh semua pakar bedah berkenaan kerana ia bukan sahaja satu perkongsia­n perubatan bijak tetapi lebih penting mampu memendekka­n tempoh menunggu pesakit selain dapat menjimatka­n kos sehingga RM50,000.

Beliau berkata kerjasama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pesakit jantung di negeri ini yang dianggarka­n sebanyak 400 kes setahun selain pesakit lain di seluruh negara.

Sementara itu, bapa seorang pesakit jantung Mohd Fairus Razali, 38, berkata beliau amat bersyukur selepas anaknya Nur Qurattun Ain, 4, selamat menjalani pembedahan, baru-baru ini.

“Saya amat berterima kasih kepada HUSM kerana telah menyegerak­an pembedahan ke atas anak saya tanpa bayaran yang tinggi. Ia benarbenar membantu kerana saya hanya penoreh getah dan tidak mampu membiayai semua kos pembedahan,” katanya.

Beliau berkata, anak tunggalnya itu mengalami penyakit jantung berlubang sejak lahir dan menjalani pembedahan pertama ketika berumur tujuh hari.

Majlis sama turut menyaksika­n penyerahan cek sumbangan peralatan pembedahan kepada dua pesakit jantung bernilai RM7,950 setiap seorang oleh Tabung Kebajikan dan Pendidikan Persatuan Alumni Doktor USM (Paducare).

Paducare adalah projek kerjasama bersama Pasar Raya Mydin bertujuan mencari dana untuk pembelian peralatan jantung bagi merawat masalah jantung dalam kalangan kanak-kanak.

Orang ramai boleh menyalurka­n sumbangan kepada Paducare di akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 0301801014­3422. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KUMPUL DANA: Dr Nik Min (lima kiri) menyampaik­an sumbangan kepada sebahagian keluarga pesakit pada sidang media Projek Amal Pembedahan Jantung HUSM bersama Yayasan Healing Little Heart (HLH) di Auditorium Nuklear HUSM dekat Kota Bharu.
— Gambar Bernama KUMPUL DANA: Dr Nik Min (lima kiri) menyampaik­an sumbangan kepada sebahagian keluarga pesakit pada sidang media Projek Amal Pembedahan Jantung HUSM bersama Yayasan Healing Little Heart (HLH) di Auditorium Nuklear HUSM dekat Kota Bharu.
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Dr Nik Min (tengah) bersama sepasukan doktor pakar bedah jantung kanak-kanak selepas sidang media Projek Amal Pembedahan Jantung HUSM.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Dr Nik Min (tengah) bersama sepasukan doktor pakar bedah jantung kanak-kanak selepas sidang media Projek Amal Pembedahan Jantung HUSM.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERI MANFAAT: Sepasukan doktor pakar bedah jantung kanakkanak yang diketuai Dr Edward Peng melakukan pembedahan terhadap pesakit di bawah Projek Amal Pembedahan Jantung Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
— Gambar Bernama BERI MANFAAT: Sepasukan doktor pakar bedah jantung kanakkanak yang diketuai Dr Edward Peng melakukan pembedahan terhadap pesakit di bawah Projek Amal Pembedahan Jantung Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia