Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n pembiayaan bersih terus sokong aktiviti ekonomi, kata BNM

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n pinjaman terkumpul sistem perbankan meningkat kepada 5.8 peratus pada Ogos 2017, berbanding 5.6 peratus pada Julai, didorong oleh sektor perniagaan dengan peningkata­n dalam sektor pembinaan, dan kewangan, insurans dan perkhidmat­an perniagaan.

Dalam sorotan bulanan bagi Ogos 2017 yang dikeluarka­n di sini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata pertumbuha­n pembiayaan bersih mampan pada 6.6 peratus pada Ogos berbanding 6.8 peratus pada bulan sebelumnya manakala pertumbuha­n terbitan terkumpul bersih bon korporat lebih sederhana pada 9.0 peratus berbanding 10.6 peratus pada Julai.

Menurut bank pusat, kualiti aset sistem perbankan kekal kukuh dengan paras pinjaman terjejas kekal stabil pada 1.2 peratus daripada jumlah pinjaman bersih selepas ditolak peruntukan jejas nilai individu.

Menurut BNM, bank-bank terus mempunyai penampan yang mencukupi untuk menghadapi kemungkina­n kerugian kredit, dengan nisbah perlindung­an kerugian pinjaman semasa pada 81.4 peratus.

Sementara itu, pada Ogos, pasaran kewangan domestik disokong terutamany­a oleh sentimen positif yang didorong faktor-faktor luar dan dalam negeri.

“Pada peringkat global, kebimbanga­n terhadap inflasi yang lebih rendah di AS telah menyebabka­n dolar AS secara keseluruha­n menyusut nilai dan minat terhadap aset kewangan serantau meningkat, termasuk di Malaysia.

“Pada peringkat dalam negeri, pertumbuha­n Ke- luaran Dalam Negara Kasar dan pendapatan korporat suku kedua 2017 yang lebih baik daripada jangkaan turut menyokong sentimen yang positif itu,” katanya.

Bagaimanap­un, pelabur terus mengambil sikap berhati-hati berikutan peningkata­n ketegangan geopolitik semasa, katanya.

Mengenai eksport, BNM berkata pertumbuha­n eksport meningkat dengan pesat kepada 30.9 peratus pada Julai 2017 ( Jun: 9.9 peratus), yang didorong oleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E), keluaran petroleum serta kimia dan keluaran kimia.

“Pertumbuha­n eksport pada masa terdekat akan terus disokong oleh prospek pertumbuha­n dunia yang menggalakk­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia