Utusan Borneo (Sarawak)

LETUPAN KUAT IRINGI KEBAKARAN

-

LIMBANG: Letupan kuat bahagian dapur disusuli jeritan api daripada jemaah di surau berhampira­n mengejutka­n 32 penghuni empat rumah yang terbakar dan tidak sempat menyelamat­kan harta benda dalam kebakaran di Kampung Seberang Kedai malam kelmarin.

Menurut penduduk kampung, satu letupan kuat kedengaran dari bahagian dapur rumah terbabit sebelum api menjulang tinggi dalam kebakaran bermula jam 7.53 malam itu.

Penduduk menjelaska­n, kejadian kebakaran itu disedari jemaah surau berhampira­n lokasi kejadian ketika selesai mengaji al-Quran dan sembahyang Isyak.

“Jemaah surau menjerit memberitah­u ada api dan kebanyakan mangsa tidak sempat menyelamat­kan harta benda kerana kejadian berlaku begitu pantas,” katanya kepada media di sini semalam.

Jelasnya, akibat kejadian itu 32 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas empat rumah mereka ranap dijilat api termasuk sebuah rumah rosak sebahagian.

Kebakaran yang berlaku begitu pantas itu, turut menyebabka­n dua mangsa kebakaran mengalami kecederaan ringan manakala dua lagi mangsa masingmasi­ng lelaki dan wanita mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Edmund Dmahai Amboh berkata kebakaran yang berlaku jam 7.53 malam memusnahka­n tiga rumah yang ranap keseluruha­n dan dua lagi ranap sebahagian.

“Tiga rumah terbakar keseluruha­n milik keluarga Hajijah Piut (13 penghuni), Roslin Burut (tiga penghuni), Abdullah Abu Bakar (empat penghuni) dan rumah milik pesara bomba Mamad Karim (12 orang) yang terbakar sebahagian­nya,” katanya.

Edmund berkata seramai 24 anggota diketuai Pegawai Bomba Awang Ibrahim Amit bergegas ke lokasi kejadian membabitka­n tiga kenderaan bomba dan satu bot, yang jauhnya satu kilometer sebaik menerima panggilan jam 7.53 malam.

Katanya api berjaya dikawal jam 10.27 malam dan operasi ditamatkan jam 11.11 malam.

Turut membantu Pasukan Bomba Sukarela ( PBS), polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan SESCo.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dan Residen Limbang turut berada di lokasi.

 ??  ?? PADAM: Anggota bomba bertugas berusaha memadamkan kebakaran.
PADAM: Anggota bomba bertugas berusaha memadamkan kebakaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia